TATABAHASA
TATABAHASA
Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapan yang dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen (unsur) kepada ayat.
Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.Frasa berbeza daripada klausa kerana tidak mengandungi subjek dan predikat dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh mmenjadi konstituen kepada klausa.
Perkataan
Jikalau konstituen klausa ialah frasa maka konstituen frasa ialah perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas yang terkecil yang membewa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan
Ayat = Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
Klausa = (Kamu pandai kerana kamu rajin belajar)
( subjek )( predikat )
Frasa = (Kamu pandai) (kerana kamu rajin belajar)
Perkataan = kamu + pandai+ kerana+ kamu +rajin +belajar
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis.
Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
Pola Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama
Encik Ahmad Frasa Nama
guru sekolah
Pola 2 Frasa Nama
Bapa mereka Frasa Kerja
sedang berehat
Pola 3 Frasa Nama
Anak itu Frasa adjektif
sihat sungguh
Pola 4 Frasa Nama
Pejabat saya Frasa Sendi Nama
di Kuala Lumpur
Ayat Tunggal
Ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Ayat Majmuk
Ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu dibuat dengan cara-cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu.
Ayat tunggal 1. Ali sedang membaca buku.
2. Fatimah sedang membuat kira-kira.
Ayat Majmuk = Ali sedang membaca buku dan fatimah sedang membuat kira-kira.
Jenis-Jenis Ayat
Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:
i) Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan