10. Banyak ibu bapa percaya bahawa kelas tuisyen dapat meningkatkan prestasi akademik anak mereka. Pun begitu, tuisyen yang disediakan oleh pusat tuisyen juga mempunyai keburukannya. Bincangkan baik buruk mengikuti kelas tuisyen.
Kini tuisyen menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Persekolahan seseorang pelajar dianggap tidak lengkap tanpa tuisyen. Tegasnya, tuisyen telah berakar umbi dalam sistem pendidikan negara kita untuk sekian lama. Apakah untung ruginya pelajar menghadiri kesal-kelas tuisyen?
Melalui kelas tuisyen, pelajar mendapat bimbingan dan panduan untuk mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran yang telah diajarkan oleh guru di sekolah. Guru tuisyen lazimnya akan menggunakan kaedah yang termudah untuk menjelaskan sesuatu kekaburan kepada pelajar-pelajarnya.
Selain itu, pelajar akan berasa lebih yakin untuk mengajukan sekolah-sekolah kepada guru tuisyennya berbanding dengan guru di sekolah. Biasanya, bilangan pelajar di dalam sebuah kelas tuisyen adalah kecil. Justeru, pelajar akan berasa lebih yakin dan selesa untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan sekelas.
Pelajar masa kini terlalu dibebankan dengan pelbagai tugas sekolah. Hal ini telah menghalang mereka daripada mengulang kaji. Kelas-kelas tuisyen dapat menyajikan peluang untuk para pelajar menelaah pelajaran.
Kelas tuisyen biasanya menyediakan berpuluh-puluh set soalan untuk pelajar membuat latihan. Melalui latih tubi, calon akan dapat membiasakan diri dengan kertas soalan peperiksaan. Dengan kata lain, pelajar berpeluang membiasakan diri dengan corak soalan peperiksaan sebelum menduduki peperiksaan.
Pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu dapat dibantu dengan menghadiri tuisyen untuk mata pelajaran tunggal. Berkat bimbingan guru tuisyen yang mahir dalam sesuatu mata pelajaran, pelajar-pelajar tersebut akan diberi lebih perhatian dan didedahkan dengan cara pembelajaran yang lebih berkesan.
Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan dalam sistem pusat tuisyen. Umumnya, pelajar akan menjadi tidak berminat semasa berada di sekolah. Mereka sentiasa berfikir kelas-kelas tuisyen dapat dijadikan sebagai tempat pergantungan, justeru tidak perlu sangat memberikan perhatian semasa di kelas. Perkara sebegini menimbulkan masalah kepada guru di sekolah. Pelajar yang hilang semangat untuk belajar di dalam kelas akanmenimbulkan pelbagai masalah disiplin seperti menganggu perjalanan kelas, berasa gelisah, tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru, dan sebagainya.
Tuisyen yang dikendalikan di pusat-pusat tuisyen, pada umumnya sekadar mengulangi pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru di dalam kelas. Hal ini semata-mata membuang masa pelajar. Lantas pelajar juga akan menjadi lesu kerana dihidangkan dengan bahan pelajaran yang sama. Pelajar-pelajar yang agak terkedepan dalam prestasi akademiknya akan terasa dirinya membuang masa di pusat-pusat tuisyen sekiranya bahan pengajaran yang disampaikan oleh guru tuisyen bersifat ulangan. Perkara ini sudah tentu akan menghambarkan semangat pelajar.
Kelas-kelas tuisyen juga membuatkan pelajar bersifat malas kerana mereka tahu pusat tuisyen akan menyediakan nota selepas setiap pelajaran.
Di samping itu, para ibu bapa juga terpaksa banyak mengeluarkan pembelajaran untuk membiayai yuran tiusyen yang agak tinggi sejak kebelakangan ini. Adat pusat yang mengenakan caj sehingga RM100 untuk dua mata pelajaran. Wang ini sebenarnya boleh digunakan untuk membeli buku ulang kaji yang juga dapat membimbing para pelajar.
Seperkara lagi, pusat-pusat tuisyen lazimnya menggaji guru-guru yang tidak bertauliah. Biasanya lulusan SPM atau calon STPM yang sedang menunggu keputusan diambil sebagai guru untuk membimbing pelajar di pusat tuisyen. Tanpa pengalaman yang mencukupi serta kelayakan ikhtisas, mereka ditugaskan mengendalikan kelas-kelas peperiksaan. Hal ini amat mendukacitakan kerana yuran tinggi yang dikenakan ke atas para pelajarnya.
Rumusannya, perkembangan pusat-pusat tuisyen harus dipantau oleh pihak berkuasa agar mutu pengajaran dan bimbingan yang disediakan sejajar dengan statusnya sebagai pusat bimbingan untuk kecemerlangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan