4. Setiap tahun, kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak. Untuk meringankan beban kerajaan itu, timbul cadangan untuk membenarkan sektor swasta menyediakan pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Berikan pendapat anda tentang cadangan untuk menswastakan pendidikan sekolah rendah dan pendidikan sekolah menengah sepenuhnya.
Sejak tahun 1970-an, kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pemberian pendidikan percuma ini selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan yang bertujuan memberikan pendidikan bermutu kepada semua kanak-kanak. Dengan itu, adakah wajar sistem sistem pendidikan ini diswastakan sepenuhnya?
Pada pendapat saya, cadangan untuk menswastakan sistem pendidikan sepenuhnya adalah kurang bijak. Hal ini demikian kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan yang bermutu sehingga peringkat menengah. Dengan cara ini, negara dapat melahirkan generasi yang berpendidikan diswastakan, tanggungjawab dan hasrat kerajaan ini mungkin tidak akan diteruskan oleh sektor swasta.
Penswastaan sekolah rendah dan sekolah menengah akan membebankan golongan yang miskin. Hal ini demikian kerana sektor swasta pasti akan mengenakan yuran untuk menghadiri sekolah. Buku-buku teks juga terpaksa dibeli kerana sektor swasta tidak akan menyediakan skim pinjaman buku teks. Dengan itu, beban kewangan ibu bapa akan kurang berkemampuan tidak akan dapat menyekolahkan anak-anak mereka. Akibatnya, kadar keciciran di kalangan kanak-kanak akan meningkat.
Selain itu, tiada jaminan bahawa kanak-kanak yang dididik melalui sistem pendidikan swasta akan dededahkan kepada falsafah dan aspirasi negara seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini demikian kerana pihak sekolah swasta lebih menekankan aspek keuntungan daripada nilai-nilai kemanusiaan yang wajar diterapkan dalam jiwa anak-anak muda. Penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam nenjana warganegara yang berkeperibadian tinggi serta luhur. Dengan kata lain, hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang mendukung cita-cita negara seperti Rukun Negara tidak akan kesampaian. Hal ini sekali gus juga akan menggalakkan impian kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Seperkara lagi, sekiranya sistem pendidikan rendah dan menengah diswastakan, kadar buta huruf akan meningkat semula seperti yang pernah berlaku sebelum zaman mereka. Dalam era globlasisasi, literasi amat penting kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran, seseorang akan ketinggalan dalam serba-serbi. Sehubungan ini, pengkorporatan universiti-univerisiti awam tempatan sedikit banyak juga telah menyukarkan para mahasiswa yang kurang mampu membayar kos pengajian yang sentiasa meningkat. Kita tidak ingin melihat perkara yang serupa melanda anak-anak kita di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sebagai kesimpulannya, kerajaan tidak harus menswastakan sistem pendidikan sepenuhnya. Sebaliknya, kerajaan boleh membenarkan sektor swasta menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan cara ini, sekolah swasta itu dapat menjadi pelengkap kepada sekolah awam dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan