TATABAHASA (3C)
Membetulkan Kesalahan Kata atau Istilah dan Kesalahan Bahasa
1.Baca arahan soalan dengan teliti untuk memahami
kehandaknya.
2.Baca ayat-ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengenal
pasti kesalahan dalam ayat- ayat berkenaan.
3.Untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan dalam ayat,
analisislah perkara-perkara yang berikut:
(a) kata yang digunakan untuk menentukan kelas dan
tugasnya dalam ayat yang berkenaan;
(b) makna istilah yang digunakan dalam konteks ayat;
(c) makna kata yang digunakan sebagai kesan daripada
proses pengimbuhan;
(d) bentuk kata yang digunakan, sama ada kata ganda atau
kata majmuk;
(e) binaan frasa yang digunakan, yakni frasa nama, frasa
sendi, frasa adjektif, frasa kerja, dan sebagainya;
(f) struktur ayat tersebut.
4. Sesudah mengetahui kesalahan-kesalahan tersebut, buatlah garis dibawahnya agar anda tidak lupa untuk membetulkannya ketika ayat berkenaan ditulis semula.
INGAT
1. Meskipun anda hanya dapat mengesan sebahagian kesalahan, tulis semula ayat-ayat berkenaan beserta dengan pembetulannya pada kertas jawapan. Markah akan tetap diberikan pada setiap kesalahan yang anda betulkan dengan tepat:
2. Jangan tulis hanya kata, atau frasa, atau baha¬gian yang telah anda betulkan saja sebagai jawapan. Tulis semula keseluruhan ayat yang telah anda betulkan pada kertas jawapan.
3. Jangan ubah struktur dan maksud ayat-ayat yang berkenaan jika arahan soalan tidak menghendaki anda berbuat demikian.
Pelbagai Aspek Kesalahan Umum Penggunaan Kata atau Istilah dan Kesalahan Bahasa dalam Ayat
1. Pada umumnya terdapat pelbagai aspek kesalahan umum
bahasa dalam ayat-ayat yang dikemukakan.
2. Aspek-aspek kesalahan umum itu terbahagi kepada:
(a) kesalahan dari segi perbendaharaan kata;
(b) kesalahan dari segi pengimbuhan;
(c) kesalahan dari segi penggandaan;
(d) kesalahan dari segi pemajmukan;
(e) kesalahan dari segi kata dan frasa;
(f ) kesalahan dari segi struktur ayat.
3. Agar pelbagai aspek kesalahan tersebut mudah anda kesan,
anda harus menguasai aspek-aspek penggolongan kata,
pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan aspek
pembinaan ayat.
4.Kesalahan penggunaan perkataan dan istilah
Contoh arahan soalan
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau
istilah yang tidak sesuai. Tulis semula kesalahan dan pembetulan di bawah
dengan menggantikan kata atau istilah tersebut.
1. Segerombolan pelajar lelah melawat sekolah kami sejak kelmarin dan beliau begitu gembira berada di situ
2. Mereka bergotong-royong menebas pokok-pokok balak untuk membuka penempatan baru di kawasan pinggir hutan itu.
3. Yang Berbahagia Datuk Hassan Ahmad telah mengambil sumpah di parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan