14. Pemusnahan hutan secara berleluasa tanpa kawalan boleh menimbulkan pelbagai kesan yang membahayakan kehidupan manusia. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya dan bagaimana gejala ini dapat dibendung?

Hutan yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu merupakan khazanah terpenting bagi manusia. Antara sumber asli hutan termasuklah bekalan kayu balak, air, pemeliharaan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, pengawalan sistem ekologi, tanah dan tempat rekreasi.
Oleh itu, segala khazanah yang terdapat di dalam hutan perlu dipelihara daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan secara besar-besaran. Namun demikian, yang sebenarnya berlaku adalah bertentangan dengan kehendak manusia, terutamanya pencinta alam sekitar.
Menurut kajian, kadar pemusnahan hutan tropika dianggarkan sebanyak 20 juta hektar setahun. Pemusnahan ini berlaku melalui beberapa cara. Antaranya ialah penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan penempatan, pertanian dan perindustrian, kegiatan pembalakan yang berleluasa dan amalan tanaman pindah seperti yang diamalkan oleh kaum asli di beberapa buah negara membangun. Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh manusia ini berterusan, maka dijangkakan seluruh kawasan hutan tropika akan musnah dalam tempoh yang singkat. Oleh yang demikian, akan pupuslah ekosistem hutan tropika dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengannya juga akan turut termusnah.
Pada pendapat saya, kesan yang pertama ialah kesan ‘rumah hijau’. Hal ini memang hangat diperkatakan oleh pencinta alam di serata dunia. Kesan ‘rumah hijau’ ini timbul sebagai akibat berlaku peningkatan kuantiti gas karbon dioksida, bahan kimia CFC, metana, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan ozon secara berlebihan di atmosfera. Kehadiran gas-gas ini menghalang pelepasa semula tenaga suria daripada permukaan bumi. Sebagai akibatnya, suhu bumi akan meningkat antara 4-6 0C. Keadaan negatif ini ditambah pula oleh ketiadaan liputan pokok-pokok untuk memantulkan semula pancaran matahari ke arah langit.
Kesan kedua ialah pertambahan peratusan gas karbon dioksida di atmosfera. Pokok dan tumbuh-tumbuhan di hutan memerlukan karbon dioksida untuk membuat makanannya melalui proses otosintesis. Oleh sebab itulah hutan rimba merupakan suatu takungan karbon yang terbesar. Dianggarkan 500 – 700 bilion metric ton karbon terkandung di dalam hutan. Melalui penebangan, pembersihan dan pembakaran hutan untuk keperluan pembangunan yang dijalankan oleh manusia, kandungan karbon yang tersimpan dalam biojisim akan terlepas ke atmosfera dalam bentuk gas kerbon dioksida.
Seterusnya, pemushanan hutan boleh menyebabkan terganggunya sumber bekalan air. Ekosistem hutan amat penting bagi menjamin sumber air yang mencukupi untuk kegunaan manusia. Kitar hidrologi yang berfungsi di kawasan tadahan hujan di hutan dapat menentukan kuantiti dan kualiti air. Jika hutan dimusnahkan, maka sistem kitaran air juga akan turut terjejas. Dari segi kuantiti, ekosistem hutan berperanan sebagai ‘tombol pelaras’ air yang mengawal kadar alirannya.
Kewujudan hutan dapat mempengaruh iklim mikro atau iklim setempat. Hutan boleh mengurangkan suku setempat yang tinggi. Oleh sebab itulah, pokok-pokok sering ditanam oleh manusia di sepanjang jalan di bandar-bandar besar. Tujuannya adalah untuk memperlambat pergerakan udara di sekitarnya secara mendatar dan memantulkan pancaran matahari. Dengan itu, suhu di bandar dapat diturunkan dan kehidupan manusia di kawasan itu akan menjadi lebih selesa. Berdasarkan hakikat inilah, pemusnahan hutan secara berleluasa akan meninggikan suhu setempat. Perkara ini sudah pasti merupakan kesan yang tidak begitu menyenangkan penduduk di sesebuah kawasan.
Untuk membendung gejala buruk ini, beberapa langkah boleh dilaksanakan. Umpamanya, aspek pengurusan hutan hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan secara profesional. Usaha pembalakan mestilah dikawal dengan lebih ketat lagi agar pokok-pokok muda dan spesies luar biasa tidak ditebang dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dnegan hal pdembukaan dan penggunaan tanah-tanah hutan mesti dikawal dan dirancang supaya sistem ekologi hutan tidak tergugat.
Kesimpulannya, hutan memang mudah untuk dimusnahkan. Namun, untuk menghidupkan semula sudah pasti akan memakan masa beratus-ratus tahun. Oleh sebab itu, usaha-usaha pemuliharaan hutan haruslah digiatkan Tujuannya adalah untuk menjamin keadaan persekitaran yang selesa untuk kehidupan di muka buki ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan