LATIH TUBI NOVEL SPM- ZON PERAK
Soalan 4: Novel
1. NOVEL AZFA HANANI
2. NOVEL KEMBARA AMIRA
(a) Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk menyokong idea utama dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan persoalan-persoalan dalam novel tersebut. [7 M]
(b) Kita hendaklah bertanggungjawab kepada keluarga merupakan salah satu pengajaran yang diselitkan dalam novel yang telah anda kaji.
Huraikan pengajaran lain yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji.. [8 M]
(c) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan tema daripada setiap novel tersebut. [ 8 M ]
(d) Lazimnya pelbagai cabaran dan masalah dihadapi oleh watak-watak yang terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh watak sampingan berdasarkan dua novel yang anda pelajari. [ 8 M ]
(e) Penghasilan cerita yang menarik bagi sesebuah novel sangan bergantung kepada kepelbagaian penggunaan teknik plot. Huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam dua novel yang telah anda kaji. [ 8 M ]
(f) Latar merupakan salah satu aspek penting yang menghidupkan perjalanan peristiwa dalam sesebuah novel. Huraikan kepentingan latar kepada sesebuah novel. [7M]
(g) Bahasa merupakan alat pengarang menyampaikan karyanya. Pelbagai gaya telah digunakan pengarang dalam karya mereka.
Nyatakan pandangan anda berhubung dengan perkara tersebut. [7M]
(h) Bahagian akhir sesebuah novel selalunya merupakan peleraian kepada jalan cerita. Bahagian ini memberikan kesan kepada pembaca. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan dua novel yang telah anda kaji. [8M]
(i) Watak-watak merupakan nadi kepada sesuatu kisah atau peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, huraikan dua watak antagonis dalam novel tersebut. [8M]
(j) Penulis sering menerapkan nilai-nilai murni melalui watak-watak dan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam karya mereka. Berdasarkan yang telah anda kaji, huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. [7M]
(
k) Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan satu latar tempat yang menarik bagi setiap novel dan nyatakan mengapa anda berpendapat sedemikian. [8M]
(
l) Terdapat pelbagai konflik yang berlaku dalam sesebuah cerita. Nyatakan latar masa bagi konflik berlaku dalam novel yang telah anda kaji. [7M]
(m) Huraikan latar masyarakat yang menjadi tunjang dalam kemuncak cerita dalam dua novel yang telah anda kaji. [7M]
(n) Latar tempat merupakan aspek penting dalam sesebuah novel.Huraikan latar tempat dan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda pelajari. [8 M]
(o) Watak utama dalam sesebuah novel sering mengalami pelbagai konfliks. Sekiranya anda watak utama dalam novel yang anda pelajari itu, bagaimanakah anda menyelesaikan konfliks yang dialami. [ 7M]
(p) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan citra masyarakat yang ditonjolkan oleh pengarang. [7M]
(q) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan persamaan perwatakan watak utama dalam novel tersebut. [8M]
(
r) Lazimnya pelbagai cabaran dan masalah dihadapi oleh watak-watak yang terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak sampingan berdasarkan dua novel yang anda pelajari. [ 8 M ]
(s) Watak-watak merupakan nadi kepada sesuatu kisah atau peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, huraikan persamaan dua watak protagonis dalam novel tersebut. [8M]
(t) Latar merupakan salah satu aspek penting yang menghidupkan perjalanan peristiwa dalam sesebuah novel. Huraikan kepentingan masyarakat kepada sesebuah novel. [7M]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan