18. Walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sudah berusia lebih setengah abad, namun masih belum boleh dianggap telah berjaya melaksanakan tugasnya mengawal keamanan dunia. Bersetujukah anda dengan pandangan ini?
Selepas Perang Dunia Kedua, satu badan dunia yang dinamakan sebagai pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBBP) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Pakatan Bangsa-bangsa terdahulu yang telah gagal menyelamatkan manusia dan dunia daripada kemusnahan yang dicipta oleh manusia sendiri, dalam perang yang berlanjutan selama lima tahun.
Tujuan di sebalik penubuhan PBB adalah untuk mengekalkan keamanan dunia, terutamanya daripada bahaya peperangan. Di samping itu, PBB juga ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang masalah dunia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan dan seumpamanya. Tidak ketinggalan juga PBB diwujudkan bertujuan memberi bantuan kepada negara-negara miskin yang memerlukan bantuan, terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik melalui pelbagai agensi di bawahnya.
Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan di atas. Pertikaian dan persengketaan antara negara-negara terus berlaku sekalipun pelbagai inisiatif dilakukan oleh badan itu. Terbaru ialah kegagalan Majlis Keselamatan PBB dalam mematahkan pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terhadap Iraq. Kegagalan kali ini jelas menunjukkan ketidakupayaan PBB dalam mengawal keamanan dunia seperti yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia.
Selain itu, contoh yang menarik perhatian kita ialah konflik antara negara Palestin dengan Israel yang telah berlarutan lebih separuh abad. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk berdamai oleh PBB, namun ternyata tindakan badan dunia itu telah gagal dan pertelingkahan terus berlaku. Jelas sekali, ratusan ribu nyawa tidak berdosa telah melayang dalam kemelut itu.
Persoalan yang bermain di kepala orang ialah apakah yang sebenarnya menghambat pelaksanaan pelan damai ‘The Pease Road Map’ di Wilayah Timur tengah itu? Dalam masa yang sama, keadaan telah menjadi lebih meruncing sejak kebelakang ini kerana kedua-dua belah pihak saling melancarkan serang bom berani mati. Senario ini sering dikaitkan dengan serangan pengganas terhadap Pusat Danagnan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 yang kini dikenali sebagai peristiwa 911.
Sekiranya diteliti, krisis di Timur Tengah itu merupakan ‘duri dalam daging’ kepada keamanan dunia. Punca pertelingkahan itu ialah pembentukan sebuah rejim Yahudi iaitu negara Isreal oleh pihak British yang enggan diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pergolakan terus memuncak apabila tebing Gaza dan Bukit Golan ditawan oleh pihak Isreal pada tahun-tahun yang berikutnya.Insiden-inssiden ini semakin mengocakkan suasana yang sememangnya sukar untuk diselesaikan.
Di pihak yang lain pula, walau apa pun prasangka dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, PBB terus menyambut cabaran-cabaran yang bertali arus dan berusaha menangani setiap satunya.
Antara kejayaan utama PBB ialah menyelesaikan persengketaan di Korea pada tahun 1993 yang berakhir dengan pembahagian negara tersebut kepada dua, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Dalam isu tersebut, Amerika Syarikat sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan terpaksa campur tangan bagi menyekat serangan Korea Utara terhada Korea Selatan yang di bawah cengkaman tentera Komunis Soviet Rusia pada ketika itu.
Seperkara lagi, dunia kini bersifat unipolar dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai ‘kuasa dunia tunggal’ selepas tumbangnya kesatuan Republik Soviet pada awal tahun 1990-an. Kekuatan dan kesombongan negara Uncle Sam itu sentiasa berjaya menundukkan Majlis Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya. Ahli-ahli Majlis Keselamatan lain seperti Britain, Perancis dan China sentiasa akur dengan kehendak Amerika Syarikat.
Pada hemat saya, seluruh struktur PBB harus dirombak semula bagi memberikan kuasa yang lebih kepada negara-negara kecil yang menganggotai Majlis Keselamatan. Misalnya, negara Afrika Selatan, India, Venezuela atau Malaysia wajar dilantik sebagai satu daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB bagi menyuarakan pandangan negara-negara sedang membangun.
Kesimpulannya, reformasi struktur PBB dan Majlis Keselamatan perlu dilaksanakan segera demi mewujudkan sesuatu badan dunia yang efektif dalam mengawal keamanan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan