12. Warga tua merupakan asset kepda negara. Bincangkan.Warga tua banyak berjasa kepada masyarakat dan negara semasa mereka muda. Sumbangan dan bakti mereka terhadap negara tidak ternilai dan mereka merupakan asset kepada negara. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan 1 Oktober sebagai hati Warga Tua. Di negara kita, pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan agar warga tuan tidak tersisih daripada arus pemodenan negara. Cadangan untuk menaikkan usia persaraan kepada 60 tahun ialah cadangan yang baik. Hal ini demikian kerana pada usia 55 tahun, banyak pekerja masih lagi sihat tubuh badan dan dapat meneruskan kerjaya masing-masing. Menamatkan perkhidmatan mereka pada usia matang ini adalah semata-mata menutup pintu rezeki atau memaksa mereka berehat sedangkan mereka masih dapat menyumbangkantenaga. Malah apa yang lebih penting ialah golongan dalam usia ini kaya dengan pelbagai pengalaman pekerjaan yang tidak ternilai harganya. Sekiranya tenaga golongan ini tidak dimanfaatkan alangkah ruginya kerana segala pengalaman mereka tidak dapat diterjemahkan kepada usaha pembangunan dan kemajuan negara. Golongan veteran, terutamanya para profesional seperti doktor, hakim, jurutera, akuantan, guru, professor, doktor pakar, peguam, perancang dan penyelidik yang sudah berkhidmat berpuluh-puluh tahun tentu cukup kaya dengan pelbagai pengalaman yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara seterusnya, jika mereka dibenarkan terus berkhidmat hingga satu tempoh tertentu. Dalam pada itu, yang lebih mendukacitakan ialah terdapat antara golongan ini yang diabaikan oleh anak-anak mereka. Sesungguhnya warga tua ini perlu dihormati dan diberikan perlindungan yang sewajarnya. Kebajikan dan penjagaan orang tua seharusnya menjadi tanggungjawab anak. Anak-anak wajib menghormati dan melindungi ibu bapa yang selama ini telah membesar dan memberikan didikan sempurna hingga mereka berjaya. Dengan kata lain, generasi muda harus membalas segala jasa dan budi yang pernah ditaburkan oleh para ibu bapa yang kini sudah menjangkau usia tua. Bagi menjayakan hsrat ini, anak-anak harus dididik dengan pengetahuan agama sejak awal kehidupan mereka lagi. Tanggapan negatif remaja terhadap warga mas ini perlu dikikis. Dalam hal ini, institusi kekeluargaan amat penting. Memanglah golongan tua mempamerkan pelbagai ragam yang sukar difahami oleh golongan muda. Para ibu bapa haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak agar mereka menghormati datuk dan nenek mereka yang sudah tua dan uzur. Menyedari sumbangan warga tua kepada negara pada suatu masa dahulu, kerajaan memutuskan untuk memberikan pelbagai keistimewaan kepada golongan ini bagi merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Misalnya, warga tua diberikan keistimewaan apabila menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api, dan kapal terbang dengan dikenakan separuh tambang sahaja. Selain itu, pihak kerajaan ingin menunjukkan teladan kepada masyarakat agar sanggup menghormati dan mengasihi warga tua yang dianggap kurang berguna lagi kerana sering uzur, banyak ragam dan cerewet. Kesimpulannya, warga tua harus dijaga dengan penuh perihatin, ksih sayang, rasa hormat dan keikhlasan agar mereka berasa gembira dan bahagian dalam menjalani sisa-sisa hidup mereka. Sementara itu, segala pengalaman dapat dicungkil dan dikongsi oleh generasi muda yang masih kurang matang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan