22. Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa.
Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan dekonomi.
Umum
mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dalam aspek kesihatan mahupun dari
aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin
segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki
ataupun wanita.
Di
Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang
mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan
ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.
Sebenarnya,
perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya
penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok
yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih
berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes
penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang
tenat.
Asap
rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen
sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang
mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini
menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan
WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun
sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.
Penghisap
rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang
pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak
menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga
mengakibatkan nafas berbau.
Asap
rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan
orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang
yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan
paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.
Asap
rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika
terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di
kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok
di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah
pasti akan terganggu.
Menurut
laporan WHO seterusnya, perkok-perokok
membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10
000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini
membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya
jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan
awam, infrastruktur sosial, pendidikan
masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.
Para
remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak
semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang
saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok.
Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri,
masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah
mempastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun
kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan
rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan.
Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu
langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah
menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah
perokok di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan