11. Pengekalan tempat-tempat bersejarah penting sebagai warisan masyarakat. Bincangkan.
Bagi sesebuah negara, tempat-tempat bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat yang mendukung negara tersebut. Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Semenangnya, pengekalan tempat-tempat bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak tertubuhnya Kesulatanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi.
Melalui pengekalan dan pemuliharaan kesan-kesan bersejarah, sesuatu bangsa itu dapat mempelajari sejarah negaranya dengan lebih berkesan. Di negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah umpamanya, terdapat bangunan tersohor Kota A`Famosa, Perigi Hang Tuah, kawasan jirat Bukit China, tapak kaki Hang Li Poh, dan Bukit St. Paul.
Kesemua tinggalan bersejarah ini sedikit banyak dapat mengingatkan kita akan kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kesultanan Melayu yang tersohor pada zamannya. Negeri Melaka pada ketika itu telah menjalinkan persahabatan dengan negara China.
Pengekalan tempat-tempat berunsur sejarah juga penting sebagai khazanah warisan sesuatu bangsa. Kota Pengkalan Kempas, Candi Kota Bujang di Kedah, Muzium Maharaja Lela di Pasir Salak dan sebagainya dapat dipelihara sebagai khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya. Tinggalan-tinggalan ini jelas menggambarkan perjuangan tulen anak watan dalam menegakkan maruah bangsa. Tanpa kewujudan kesan-kesan ini, kita tidak akan dapat mengetahui sejarah sebenar di sebalik perjuangan nenek moyang kita pada zaman dahulu kala. Dengan mengkaji kesan-kesan peninggalan ini, seseorang dapat meramalkan corak kehidupan dan masyarakat pada zaman itu.
Usaha kerajaan negeri Melaka dalam mengekalkan beberapa buah bangunan tinggalan penjajah Belanda di Jalan Tun Tan Cheng Lock, dengan melarang pihak menaju merobohkannya serta mengubahnya menjadi hotel tertaraf lima bintang tidak lama dahulu adalan menifestasi pentingnya bangunan-bangunan yang bernilai sejarah.
Selain itu, bangunan-bangunan bersejarah menpunyai nilai ekonominya yang tersendiri, khasnya untuk mengembangkan sektor pelancongan. Umum mengetahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke tempat-tempat bersejarah. Antara tempat-tempat bersejarah di negara kita yang telah dipulihkan semula termasuklah Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A` Famosa, Makam Mahsuri, tapak kaki Hang Tuah, dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sektor pelancongan dapat menjana sumber pendapatan untuk negara kerana para pelancong asing sudah tentu akan berbelanja semsa mereka menghabiskan cuti di sini. Saban tahun, ratusan juta ringgit dapat dikutip hasil daripada sektor ‘makan angin’ ini.
Bangunan-bangunan bersejarah juga dapat menarik para pembikin filem untuk melakukan penggembaraan. Misalnya, tidak berapa lama, kumpulan Bollywood dari India telah melakukan penggembaraan di beberapa lokasi bersejarah di negara kita. Secara tidak langsung, filem-filem yang menggunakan latar belakang sejarah Malaysia dapat mempopularkan negara kita di mata dunia.
Selain itu, kesan-kesan bersejarah juga dapat mengimbas kembali nostalgia kepada golongan yang mengalami sendiri sejarah itu. Dala hal ini, para tawanan perang yang dikerah membina landasan kereta api antara utara Tanah Melayu dengan negara Siam dapat mengingat kembali segala pengalaman pahit maung mereka jika dibawa melawat ke tempat ini semula. Bagi mereka pembinaan landasan kereta api yang digelar sebagai ‘Landasan Maut’ meninggalkan banyak nostalgia pada jiwa mereka.
Bangunan Balai Polis Bukit Kepong juga menyimpan seribu satu rahsia sejarah. Di sebalik penggambaran filem Laftenan Adenan Saidi, masyarakat kini dapat diperingatkan akan betapa besarnya pengorbanan para anggota polis dib alai polis itu semasa mempertahankannya daripada serangan pihak komunis. Para penonton dapat menghayatinya melalui paparan adegan-adegan yang begitu menyayat hati.
Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak terperikan dalam buku-buku sejarah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan