6. Teknologi maklumat dan komunikasi ICT dapat merealisasikan kehidupan masyarakat Malaysia. Berikan pendapat anda.
Tekologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan kaedah dan cara meklumat dipindahkan. Antara teknologi maklumat yang kerap digunakan pada masa kini ialah computer, mesin faks, telefon, wayerles, satelit, dan Internet. Namun, yang paling polupar dewasa ini ialah Internet.
Pelbagai maklumat dapat diperoleh daripada Internet. Corak ekonomi yang menguasai dunia kini dikenali sebagai ‘k-ekonomi’. Segala-galanya adalah berlandaskan ilmu pengetahuan. Zaman ekonomi pertanian dan perindustrian sudah berlalu. Sesebuah negara harus menguasai ‘k-ekonomi’ jika ingin bersaing di dalam era globalisasi yang kian sengit.
Dalam hal ini, negara kita Malaysia tidaklah terkecuali. Sesungguhnya kita bertuah kerana mempunyai pemimpin negara yang berpandangan jauh dan awal-awal lagi telah melancarkan Koridor Raya Multimedia sebagai platform untuk membolehkan negara bersaing dengan negara gergasi ICT lain yang jauh lebih maju daripada kita, terutamanya Amerika Syarikat.
Tegasnya, ICT akan merevolusikan kehidupan rakyat negara ini. Untuk ini, kita mempunyai sebuah universiti multimedia, iaitu Multimedia University (MMU) yang dijangka dapat mengeluarkan ribuan tenaga professional dan mahir dalam bidang IT. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mendirikan sebanyak 99 buah sekolah bestari di seluruh negara sebagai projek perintis untuk merevolusikan alam pendidikan negara. Kesemua sekolah ini disambungkan ke Internet dan pelajar-pelajarnya didedahkan kepada teknik terkini dalam memperoleh ilmu. Para guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pemerolehan ilmu oleh pelajar.
Dalam kata lain, revolusi ICT ini akan mengubah corak hidup masyarakat Malaysia dalam setiap aspek kehidupan. Misalnya, dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dan Internet dapat menambahkan ilmu para pelajar dan mengurangkan bebanan guru. Secara langsung, peningkatan dalam taraf pendidikan dapat menguntungkan pelajar sendiri dan sekali gus juga keadaan di mana guru atau pengajar tidak mempunyai segala ilmu pengetahuan. Setiap pelajar mempunyai akses kepada Internet untuk memperoleh semungkin banyak maklumat terkini dalam apa saja bidang ilmu yang dikehendaki. Guru tidak dapat lagi diharapkan sebagai pembekal maklumat dalam alaf siber ini. Tambahan pula, pelajar dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Pelajar yang lebih maju dapat menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan pelajar-pelajar lain.
Bengitu juga dalam dunia perubatan, teleperubatan dapat digunakan oleh pakar-pakar perubatan untuk merawat pesakit di dalam negara kita sendiri. Pesakit-pesakit tidak perlu lagi pergi ke luar negara untuk mendapatkan khidmat rawatan pakar. Kaedah rawatan terkini dapat disalurkan kepada pakar-pakar tempatan melalui teleperubatan. Hal ini bukan sahaja mengubah corak pengubatan malah dapat menjimatkan kos rawatan yang mungkin mencecah berjuta-juta ringgit.
Perkembangan ICT juga menggalakkan e-dagang. Ribuan syarikat maya atau syarikat dot.com dapat diwujudkan untuk menjalankan urusan pelbagai perniagaan. Selain itu, suri rumah kini dapat membeli-belah melalui Internet dalam keadaan selesa dari rumah sendiri. Mereka tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan barang keperluan di pasar raya. Hal ini dapat menjimatkan masa para warga kota. Tambahan pula masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dan bandar-bandar utama di negara kita menjadi semakin tenat sejak beberapa tahun belakangan ini. Fenomena ini kian menghantui para pengguna yang ingin keluar untuk berbelanja.
ICT juga telah merevolusikan bidang perindustrian. Barang-barang keluaran kilang kini dapat dengan lebih pantas berkat penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Segala reka bentuk produk dapat dilakukan dengan pantas dan tepat melalui penggunaan teknologi moden ini.
Pada hemat saya, setiap warga kita harus bersiap sedia untuk menghadapi revolusi ini dengan cekal dan tabah. Tiada cara lain melainkan melengkapkan diri dengan segala pengetahuan teknologi maklumat. Kita seharusnya belajar sebagai pengguna, sebelum belajar menjadi pencipta perkakasan dan perisian pada masa akan datang. Pelbagai aplikasi seperti sistem pengoperasian komputer, pemprosesan data, pengkalan data, multimedia, grafik, desktop publishing, spreadsheet dan sebagainya harus dikuasai untuk menjadi pengguna ICT yang cekap dan berkesan.
Kesimpulannya, penguasaan ICT akan mempersiapkan kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan