23. Keracunan makanan dimaksudkan sebagai makanan yang dicemari scara tidak sengaja oleh bahan kontaminan racun.Bincangkan sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan cadangkan langkah-langkah mengatasinya.
Makanan
ialah sumber tenaga utama untuk hidupan menjalankan segala aktikviti termasuk
denyutan nadi, dan tumbesaran. Secara umumnya, zat-zat yang terkandung dalam
makanan dapat dibahagikan kepada kerbohidrat, protein, lemak vitamin, dan garam
mineral; selain air dan pelawasn.
Hakikatnya,
terdapat empat sebab yang menjadikan keracunan dalam makanan boleh berlaku.
Pertama, keracunan makanan berlaku sebagai akibat seseorang yang termakan
makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Racun-racun
seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang, diketahui pernah
termasuk dalam makanan dan mencemarinya.
Sesetengah
bahan makanan mempunyai racun asli. Antaranya ialah beberapa jenis cendawan dan
ubi kayu yang diketahui mempunyai bahan pelindung yang beracun. Sekiranya kita
tersalah makan bahan-bahan makanan ini, akibatnya amatlah buruk.
Di
samping itu, keracunan makanan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu
memakan hiduoan akuatik yang mengandungi racun. Umpamanya, sungai atau kolam
yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri memang mudah tersemar
sekiranya langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak
kilang sebelum membuangkan sisa toksik ke dalam sungai-sungai itu. Dalam hal
ini, sudah pastilah hidupan akuatik di dalam sungai berkenaan seperti ikan,
udang dan ketam akan turut tercemar dengan bahan-bahan beracun. Oleh yang
demikian, jika hidupan akuatik ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia,
pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku.
Seperkara
lagi, keracunan makanan juga boleh berlaku melalui penggunaan makanan yang
diawet untuk mengelakkannya daripada mengalami kerosakan. Dalam proses
pengawetan ini, ada kemungkinan makanan tersebut tidak dibersihkan dengan
secukupnya terlebih dahulu. Oleh itu, jika semakin lama makanan itu disimpan,
maka semakin membiaklah virus di dalamnya. Sesiapa yang memakannya sudah pasti
akan keracunan makanan.
Di
Malaysia, persitiwa keracunan makanan yang paling menyedihkan berlaku pada
tahun 1988 di Perak. Dalam kejadian tersebut, dilaporkan seramai 17 orang
murid-murid sekolah telah meninggal dunia sebagai akibat temakan sejenis
makanan mi yang disebut sebagai ‘laoshufen’.
Walau
apa sekalipun punca keracunan makanan, langkah-langkah tertentu untuk
mencegahnya daripada berlaku haruslah diambil, khususnya oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Antaranya termasuklah mendidik para pelajar, terutamanya
murid-murid sekolah rendah memilih makanan yang sempurna, iaitu dengan memilih
makanan yang berkhasiat dan menghapuskan amalan suka memakan makanan ringan
yang tidak berkhasiat, mudah memudaratkan.
Dalam
hal pencegahan juga, kerajaan haruslah bersungguh-sungguh mengambil tindakan
menguatkuaskaan undang-undang yang berhubung dengan amalan keselamatan dan
penyelidikan makanan. Umpamanya, Akta Makanan (1993) dan Peraturan Makanan
(1985) yang memperuntukkan langkah-langkah memelihara keselamatan makanan dan
cara-cara mengendalikan bahan makanan, wajib dikuatkuasakan dengan tegas pada
setiap masa. Begitu juga dengan Akta Racun Makhluk Perosak (1974) yang
bertujuan untuk menjamin bahan makan daripada keluaran pertanian tidak tercemar
oleh penggunaan racun perosak yang berlainan, perlu dilaksanakan dengan lebih
berkesan lagi.
Di
samping itu, para pengguna perlulah membersihkan semua sayur-sayuran,
buah-buahan atau apa-apa juga bahan makanan sebelum dimasak atau dimakan. Pihak
Kementerian Kesihatan atau MARDI pula haruslah mempergiat usaha-usaha penyelidikan
dan pengujian ke atas semua bahan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh
petani atau syarikat pengeluar untuk mempastikan bahan makanan dan minuman itu
benar-benar selamat dimakan atau diminum sebelum dijual kepada para pengguna.
Selain itu, badan-badan sosial seperti Persatuan Pengguna haruslah memainkan
peranan yang proaktif bagi menngingatkan masyarakat umum tentang bahaya dalam
makanan.
Sebagai
penutupnya, langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya keracunan makana adalah lebih berfaedah daripada usaha-usaha
untuk cuba mengubati seseorang yang mengalami keracunan makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan