Industri pelancongan di Malaysia boleh dimajukan lagi kerana negara ini mempunyai pelbagai daya tarikah yang unggul. Secara umumnya, sumber utama daya tarikan tersebut ialah alam dan manusia.
Berdasarkan pandangan ini, bincangkan untung ruginya kempen ‘Citi-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh kerajaan.

                Industri pelancongan kian maju di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dnegan keindahan alam semula jadi dan pelbagai kebudayaan yang terhasil melalui kawujudan masyarakatnya yang berbilang bangsa, agama dan kaum. Dengan kekayaan tersebut, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

                Melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, industri pelancongan telah memasuki satu era baharu. Usaha-usaha yang lebih gigih telah dijalankan bagi menarik minat rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara sendiri.

                Sebenarnya, kempen ini diilhamkan ketika kemerosotan ekonomi melanda rantau ini pada pertengahan tahun 1997. Ekonomi negara merundum dan pelbagai sektor ekonomi terjejas. Bagi membangunkan semula ekonomi, sektor pelancongan difikirkan sebagai sektor yang dapat menjana pendapatan negara. Justeru, rakyat diajak melancong ke serata distinasi pelancongan di dalam negara sendiri. Kempen ini diteruskan hingga ke hari ini kerana didapati berkesan. Kewujudan keadaan kondusif ekoran pengisytiharan Sabtu pertama dan ketiga sebagai cuti umum telah menyemarakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.

                Pada dasarnya, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ oleh kerajaan telah membawa keuntungan kepada negara. Industri ini telah berjaya meningkatkan pendapatan negara. Rakyat menjadi semakin bersedia untuk bercuit dan berbelanja, kecuali bagi tempoh awal tahun 2003 akibat wabak SARS (Sindrom pernafasan akut yang teruk) yang melanda seluruh dunia.

                Kesan secara langsung ialah kempen ini telah berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang Malaysia daripada mengalir ke negara luar. Selain itu, dengan memilih untuk bercuti dan melancong dalam negara sendiri bukan saja dapat menyekat aliran keluar wang negara, malah telah membantu membangunkan sektor pelancongan domestik.

                Seterusnya, oleh sebab industri pelancongan merupakan satu aktiviti ekonomi yang berintensifkan tenaga buruh, maka peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Misalnya, industri perhotelan, kraftangan dan sebagainya yang berkembang bersama-sama industri pelancongan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada banyak anak muda dan lepasan sekolah.

                Selain itu, kemudahan infrastruktur juga mendapat kesan positif daripada kemajuan dalam industri pelancongan. Kini semakin banyak jalan raya dan lebuh raya yang dibina oleh kerajaan. Selain untuk memajukan sektor ekonomi di sesuatu tempat, tidak dinafikan juga pembinaan tersebut adalah untuk tujuan kemajuan industri pelancongan. Destinasi-destinasi pelancongan yang terletak di kawasan luar bandar seperti Homestay, Ecotourism station, air terjun, bukit peranginan dan seumpamanya kini dihubungkan dengan bandar-bandar melalui rangkaian sistem jalan raya dan lebuh raya yang canggih.

                Dalam pada itu, kempen ini yang disasarkan kepada pelancong dalam negara juga telah berjaya membawa masuk lebih 600 000 pelancong asing dari negara-negara serantau seperti negara China, Singapura, Hong Kong, dan Taiwan. Berjuta-juta ringgit dalam bentuk tukaran asing telah berjaya dikaut sebagai akibat kemasukan pelancong-pelancong dari negara-negara tersebut bagi tempoh tiga tahun pertama kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ dilancarkan.

                Namun demikian, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang bertujuan membangunkan sektor pelancongan dalam negara juga mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Secara langsung rakyat digalakkan berbelanja lebih tanpa memikirkan akibatnya. Tanpa disedari juga sikap penduduk terhadap keseronokan akan meningkat. Sebagai akibatnya, daya produktiviti penduduk akan menurun kerana keinginan untuk bekerja keras semakin pudar tahun demi tahun. Pendek kata, kecenderungan untuk bersantai mengatasi kesungguhan untuk bekerja.

                Rumusannya, industri pelancongan yang dipolularkan melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ sememangnya telah memberikan keuntungan yang besar kepada negara, lebih-lebih semasa negara dilanda kemerosotan ekonomi paling teruk sejak krisis pertengahan tahun 1980-an. Namun dari aspek lain, kesan negatifnya juga harus ditangkis agar daya produktiviti rakyat tidak terjejas.

          Menjelang tahun 2020, tugas dan peranan guru menjadi semakin mencabar. Bincangkan cabaran-cabaran yung bakal dihadapi oleh guru Malaysia pada waktu itu.

                “Tugas dan peranan guru semakin mencabar’. Itulah ungkapan yang sering kita dengar  sejak kebelakangan ini. Sungguhpun demikian, menjelang tahun 2020, beban tugas dan tanggungjawab guru dijangka bertambah sekali ganda lagi memandangkan perubahan sosial yang berlaku dengan begitu pantas dewasa ini.
                Pertamanya, guru menjelang tahun 2020 terpaksa berdepan dengan set masalah disiplin yang lebih gawat. Jika pada dewasa ini para guru terpaksa bergelut dengan pelbagai ragam pelajar seperti ponteng sekolah, bergaduh, terbabit dalam aktiviti gengstrisme, melawan kekuasaan guru dan seumpamanya, tetapi menjelang 2020, profesion keguruan akan dirundung dengan bermacam-macam masalah yang tidak kunjung padam kerana pada waktu sudah tentu jauh berbeza daripada keadaan pada hari ini.
                Diketepikan dahulu masalah disiplin pelajar, guru tahun 2020 perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana pada ketika itu, bidang ilmu akan berkembang pada kadar ‘mega’ dan bukan lagi kadar ‘supar’ sebagaimana  yang berlaku pada masa kini. Seorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran di sekolah sudah tentu terpaksa mengisi dadanya dengan kemajuan ilmu sedemikian rupa sekiranya tidak ingin ketinggalan.

                Kemungkinan terjadinya keadaan pelajar lebih maju daripada guru adalah tidak mustahil kerana perkembangan dan kemajuan dalan bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagitu pesat sekali. Justeru, kelayakan untuk menjadi seorang guru akan lebih tinggi daripada yang diperlukan sekarang. Dengan hanya memiliki segulung ijazah mungkin tidak memadai. Seseorang guru 2020 mungkin terpaksa memiliki beberapa kelayakan lain selaion kelayakan ikhtisas dalam profesion keguruan.

                Sebagaimana yang kita ketahui, peranan  guru tidak akan terhad kepada bilik darjah lagi. Seseorang guru perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu bantu serta pengetahuan tambahan untuk memainkan peranannya dengan berkesan.

                Malah, tugas dan peranan guru pada tahun 2020 mungkin diperluas oleh keraaajn. Pada ketika itu, kaum guru mungkin diminta untuk membimbing masyarakat sekelilingnya dalam usaha memajukan negara. Masyarakat mungkin dahagakan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk memajukan diri, dan guru mungkin dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan ini. Dengan kata lain, kaum guru diharapkan sebagai obor pemangkin kemajuan masyarakat menjelang tahun 2020.

                Berbalik kepada pelaggan asal guru, iaitu golongan pelajar. Pada tahun 2020 kelak, para pelajar mungkin tidak lagi dapat menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran sebagaimana sekarang. Harapan dan tuntutan kaum pelajar sudah tentu akan menggunung tinggi. Jika guru tidak bersedia menghadapinya, sudah tentu mereka akan mudah kecundang di tangan pelajar yang lebih maju dan canggih.

                Justeru, guru 2020 perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mengendalikan tugas dan peranan mereka sebagai pendidik. Selain penggunaan computer yang begitu canggih serta terkini, guru perlu menguasai bahasa Inggeris kerana waktu itu bahasa inilah yang akan menjadi lingua franca pelbagai ilmu masyarakat pelajar Malaysia. Tidak dapat tidak, kecekapan berbahasa perlu dikuasai sebagai wadah penyampaian dan pemindahan ilmu teknologi tinggi. Guru tidak dapat lari daripada hakikat dan perkembangan mutakhir ini.

                Seperkara yang tidak kurang pentingnya ialah disiplin pelajar. Pada masa itu, pengaruh luar terhadap diri pelajar dijangka lebih hebat lagi berbending dengan sekarang. Keruntuhan moral dan salah laku pelajar akan kian buruk kerana pada ibu bapa terpaksa berlumba mencari nafkah dan keperluan diri. Mahu tidak mahu, keadaan ini menuntut komitmen dan keprihatinan guru-guru yang harus menerima hakikat bahawa golongan pelajar adalah terlalu sensitif dan mudah tersinggung apabila mereka ditegur. Oleh sebab itu, guru-guru mesti menggunakan kebijaksanaan dan diplomasi semasa menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa bertali arus.

                Sekimpulannya, sudah pasti guru pada tahun 2020 tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada menghadapi cabaran demi cabaran yang membelit bidang persekolahan pelajar. Selagi seseorang guru itu sanggup menggunakan akal fikiran dan tenaganya, sudah pasti setiap masalah dapat ditangani dengan mudah. Oleh itu, mahu tidak mahu, kaum guru pada hari ini terpaksa membuat persediaan awal bagi menghadapi zaman yang kian getir dan mencabar menjelang tahun 2020.

        Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa.
Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan dekonomi.

                Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dalam aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki ataupun wanita.

                Di Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.

                Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat.

                Asap rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.

                Penghisap rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga mengakibatkan nafas berbau.

                Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.

                Asap rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu.

                Menurut laporan WHO seterusnya, perkok-perokok  membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awam, infrastruktur sosial,  pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.

                Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah mempastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.

                Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

                Kesimpulannya, amalan merokok merupakan perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Amalan ini juga merugikan kerana banyak wang ringgit yang dibakar menjadi abu. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya para perokok amat perlu agar amalan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

         Keracunan makanan dimaksudkan sebagai makanan yang dicemari scara tidak sengaja oleh bahan kontaminan racun.
Bincangkan sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan cadangkan langkah-langkah mengatasinya.

                Makanan ialah sumber tenaga utama untuk hidupan menjalankan segala aktikviti termasuk denyutan nadi, dan tumbesaran. Secara umumnya, zat-zat yang terkandung dalam makanan dapat dibahagikan kepada kerbohidrat, protein, lemak vitamin, dan garam mineral; selain air dan pelawasn.

                Hakikatnya, terdapat empat sebab yang menjadikan keracunan dalam makanan boleh berlaku. Pertama, keracunan makanan berlaku sebagai akibat seseorang yang termakan makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Racun-racun seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang, diketahui pernah termasuk dalam makanan dan mencemarinya.

                Sesetengah bahan makanan mempunyai racun asli. Antaranya ialah beberapa jenis cendawan dan ubi kayu yang diketahui mempunyai bahan pelindung yang beracun. Sekiranya kita tersalah makan bahan-bahan makanan ini, akibatnya amatlah buruk.

                Di samping itu, keracunan makanan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu memakan hiduoan akuatik yang mengandungi racun. Umpamanya, sungai atau kolam yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri memang mudah tersemar sekiranya langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak kilang sebelum membuangkan sisa toksik ke dalam sungai-sungai itu. Dalam hal ini, sudah pastilah hidupan akuatik di dalam sungai berkenaan seperti ikan, udang dan ketam akan turut tercemar dengan bahan-bahan beracun. Oleh yang demikian, jika hidupan akuatik ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia, pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku.

                Seperkara lagi, keracunan makanan juga boleh berlaku melalui penggunaan makanan yang diawet untuk mengelakkannya daripada mengalami kerosakan. Dalam proses pengawetan ini, ada kemungkinan makanan tersebut tidak dibersihkan dengan secukupnya terlebih dahulu. Oleh itu, jika semakin lama makanan itu disimpan, maka semakin membiaklah virus di dalamnya. Sesiapa yang memakannya sudah pasti akan keracunan makanan.

                Di Malaysia, persitiwa keracunan makanan yang paling menyedihkan berlaku pada tahun 1988 di Perak. Dalam kejadian tersebut, dilaporkan seramai 17 orang murid-murid sekolah telah meninggal dunia sebagai akibat temakan sejenis makanan mi yang disebut sebagai ‘laoshufen’.

                Walau apa sekalipun punca keracunan makanan, langkah-langkah tertentu untuk mencegahnya daripada berlaku haruslah diambil, khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya termasuklah mendidik para pelajar, terutamanya murid-murid sekolah rendah memilih makanan yang sempurna, iaitu dengan memilih makanan yang berkhasiat dan menghapuskan amalan suka memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat, mudah memudaratkan.

                Dalam hal pencegahan juga, kerajaan haruslah bersungguh-sungguh mengambil tindakan menguatkuaskaan undang-undang yang berhubung dengan amalan keselamatan dan penyelidikan makanan. Umpamanya, Akta Makanan (1993) dan Peraturan Makanan (1985) yang memperuntukkan langkah-langkah memelihara keselamatan makanan dan cara-cara mengendalikan bahan makanan, wajib dikuatkuasakan dengan tegas pada setiap masa. Begitu juga dengan Akta Racun Makhluk Perosak (1974) yang bertujuan untuk menjamin bahan makan daripada keluaran pertanian tidak tercemar oleh penggunaan racun perosak yang berlainan, perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.

                Di samping itu, para pengguna perlulah membersihkan semua sayur-sayuran, buah-buahan atau apa-apa juga bahan makanan sebelum dimasak atau dimakan. Pihak Kementerian Kesihatan atau MARDI pula haruslah mempergiat usaha-usaha penyelidikan dan pengujian ke atas semua bahan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh petani atau syarikat pengeluar untuk mempastikan bahan makanan dan minuman itu benar-benar selamat dimakan atau diminum sebelum dijual kepada para pengguna. Selain itu, badan-badan sosial seperti Persatuan Pengguna haruslah memainkan peranan yang proaktif bagi menngingatkan masyarakat umum tentang bahaya dalam makanan.

                Sebagai penutupnya, langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya keracunan makana  adalah lebih berfaedah daripada usaha-usaha untuk cuba mengubati seseorang yang mengalami keracunan makanan.

  Pengalam-pengamal perubatan tradisional seperti dukun, bomoh, pawang, dan singse masih popular pada zaman moden ini walaupun kini terdapat begitu ramai doktor pakar dalam pelbagai bidang.
Bincangkan baik buruknya perubatan tradisional dalam kehidupan masyarakat moden.

                Perubatan tradisional merupakan cara rawatan yang sering diamalkan di kampong-kampung dan kawasan pendalaman. Pengamal-pengamal perubatan yang mengubat pesakit mengikut cara tradisional dikenal sebagai dukun, bomoh, pawang atau singse.

                Hakikatnya, tujuan utama perubatan tradisional sama dengan perubatan moden, iaitu untuk merawat dan menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh manusia. Namun demikian, kedua-dua cara pengubatan ini amat berbeza sekali. Justeru, kini kerajaan telah mula memberi perhatian serius kepada penggunaan ubat-ubatan tradisional supaya ubat-ubatan itu dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan berusaha untuk membenteras dan menghapuskan sama sekali penyalaghunaan ubat-ubatan dan cara pengubatan tersebut.

                Sama halnya dengan pengubatan moden, perubatan tradisional juga mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebanyakan pesakit yang gagal diubati secara perubatan moden akan beralih kepada perubatan tradisional. Selepas menerima rawatan tradisional dan dalam jangka masa yang tertentu, golongan pesakit ini secara beransur-ansur akan bertambah baik dan sembuh. Oleh sebab itulah, mereka menyatakan bahawa perubatan tradisional lebih mujaran berbanding dengan perubatan moden. Sememangnya wujud beberapa jenis penyakit ganjil yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan perubatan ilmu sihir, dirasuk, dan terkena buatan orang. Hakikatnya, pesakit yang menghadapi penyakit ini hanya dapat dipulihkan melalui perubatan secara tradisional. Sehubungan dengan ini, peranan pakar-pakar perubatan tradisional tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat moden. Pendek kata, perubatan tradisional masih mempunyai tempat di kalangan anggota masyarakat.

                Ditinjau dari aspek bayaran pula, para pesakit yang menerima rawatan perubatan tradisional lazimnya hanya perlu membayar kos rawatan yang jauh lebih rendah daripada rawatan moden. Ini merupakan satu kelebihan dan alternatif yang baik kepada para pesakit, khasnya mereka daripada golongan miskin yang tidak begitu mampu mendapatkan rawatan perubatan moden. Hal ini ditenatkan lagi apabila seseorang pesakit perlu menjalani pembedahan, yang kosnya mungkin membabitkan berpuluh-puluh malah ratusan ribu ringgit.

                Namun demikian, di samping kebaikan, pengubatan tradisional juga ada keburukannya. Ada antara pengamal perubatan tradisional yang mencemarkan nama baik profesion mereka. Mereka didapati sering kali menggunakan kesempatan dan kebolehan mereka untuk menipu orang ramai seperti dengan mengenakan wang pendahuluan yang terlalu tinggi bagi memulakan pengubatan mereka.

                Di samping itu, ada pengamal perubatan tersebut yang mengambil kesempatan daripada pesakit-pesakit yang lemah, khasnya kaum perempuan. Peristiwa seperti ini sering dilaporkan dalam akhbar setempat kebelakangan ini. Puluhan kes pesakit wanita dicabul atau dirogol oleh pengamal perubatan tradisional semasa mendapat rawatan amat membimbangkan orang ramai, khasnya mereka yang bercadang untuk mendapat rawatan sedemikian. Kejadian-kejadian seperti ini sekali gus telah menjejaskan nama baik para pengamal perubatan tradisional.

                Seperkara lagi, kebelakangan ini timbul keraguan akan keselamatan ubatan tradisional. Kes seorang pesakit yang maut di Kuala Terengganu baru-baru ini akibat makan ubat-ubatan yang diberi oleh pengamal perubatan tradisional semasa merawatnya. Persoalan yang timbul di sini ialah pengamal perubatan tersebut mungkin telah mengampurkan bahan kimia yang tidak dibenarkan atau akar-akar yang beracun.
                Insiden seperti ini sepatutnya diberi perhatian serius oleh pihak Kementerian Kesihatan agar keselamatan dan kesihatan orang ramai yang mendapat rawatan cara tradisional adalah terjamin. Sehubungan dengan itu, pemantauan dan pemeriksaan lebih kerap dan teliti harus dijalankan terhadap para pengamal perubatan tradisional.

                Kesimpulannya, sebagai satu alternatif kepada cara perubatan moden, rawatan melalui kaedah tradisional haruslah diberi perhantian sewajarnya. Pihak kerajaan haruslah bertindak untuk mempastikan bidang perubatan tradisional ini tidak dicemari oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan imej para pengamalnya.

     Rukun Negara merupakan tonggak tatasusila rakyat Malaysia.
Bincangkan.

                Rukun Negara merupakan tinggak tatasusila rakyat Malaysia. Sebagai falsafah negara, Rukun Negara dapat disamakan dengan Pancasila negara Infonesia.

                Proses penggubalan Rukun Negara bermula sebaik saja selepas peristiwa hitan, 13 Mei 1969. Majlis Perundingan negara yang dipergerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dipertanggungjawabkan untuk merangka falsafah nasional tersebut sehingga menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

                Ekoran daripada penggubalan falsafah tersebut, Rukun Negara dilafazkan oleh pelajar sekolah pada setiap hari di bilik darjah masing-masing. Tidak lama kemudian amalan ini tiba-tiba dihentikan. Kini, Rukun Negara hanya dilafazkan dalam majlis-majlis tertentu sahaja, seperti sambutan Hari Kebangsaan dan pelbagai pertandingan seperti syarahan, bercerita, dan perbahasan.

                Kini, selepas lebih 30 tahun diperkenalkan, Rukun Negara cuba dihidupkan dan diterapkan pada jiwa sanubari generasi pasca Merdeka melalui pelbagai cara dan kempen. Usaha terbaru ialah melalui kempen “Aku, Kau Seiring’ oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan kempen adalah untuk mengingatkan generasi muda akan bertapa pentingnya perpaduan kaum dikekalkan demi menjamin kelangsungan negara Malaysia. Dalam hal ini, Rukun Negara digunakan sebagai wadah dan jambatan bagi mencapai matlamat murni ini.

                Sesungguhnya, peristiwa hitam yang menimpa negara pada tahun 1969 yang kini lebih popular dikenal sebagai peristiwa 13 Mei telah menyedarkan para pemimpin negara bahawa sesuatu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan sebagai pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa, dan keturunan. Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya.

                Kelima-lima prinsip Rukun Negara dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bantuk komposisi penduduk negara kita. Prinsip pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan bersifat universal dan menuntut agar setiap warga menganuti kepercayaan agamanya sendiri. Seperti mana yang dimaklumi, setiap agama dan kepercayaan menganjurkan nilai-nilai ke arah kebaikan. Justeru, tujuan sebenar di sebalik prnsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk mencipta sesuatu masyarakat yang mempunyai pegangan kuat terhadap ajaran agama masing-masing.

                Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menetapkan rakyat menumpukan taat setia yang sepenuhnya kepada raja dan negara melalui prinsip keduanya, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sebagai sebuah negara mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada raja yang menjadi naungan setiap rakyat dan juga symbol perpaduan Negara. Negara di sini menjadi tempat setiap warga terteduh serta tempat mencari nafkah hidup.

                Prinsip ketiga pula, iaitu keluhuran Perlembagaan bermaksud Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tubuh negara harus disanjung dan dipatuhi pada setiap masa. Sekiranya rakyat gagal mematuhi undang-undang, maka akan porak perandalah negara kita.

                Sementara prinsip keempat pula, Kedaulatan Undang-undang bermaksud sebagai sebuah negara merdeka, kita bebas menentukan haluan kita sendiri. Kita menolak sebarang campur tangan asing dalam pentadbiran negara kita. Di sana, sekali lagi, rakyat diseru agar bersedia mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara apabila keadaan kemerlukan. Sehubungan dengan itu, setiap warga bertanggungjawab memastikan undang-undang negara kita tidak dilanggar oleh mana-mana pihak luar, sama ada orang perseorangan mahupun secara berkumpulan. Tegasnya, negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita dalam mempertahankannya.

                Prinsip kelima yang tidak kurang pentingnya, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji sesuai dengan amalan budaya masing-masing. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Justeru, terdapat unsur-unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan. Walaupun demikian, setiap warga dikehendaki menunjukkan perilaku yang sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian.

                Rumusannya, Rukun Negara sebagai falsagah nasional haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat sesuai dengan tatasusila dan norma masyarakat kita tanpa sebarang unsur paksaan.

      Pesta Buku Malaysia telah berlangusng baru-baru ini. Anda sempat berkunjung ke pesta itu. Gambarkan suasana dan keadaan di pesta buku tersebut.

                Tepat  jam 8.00 pagi pada hari minggu lepas, aku dan 40 orang peljar sekelas bertolak dengan bas yang disewa khas menuju ke Pesta Buku Malaysia yang diadakan di ‘Pusat Membeli-belah The Mines’.

                Sebaik kakiku melangkah msuk pintu, hatiku terpegun apabila melihat suasana dewan yang luas dan meriah itu. Para pengunjung pesta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang berpakaian seragam, orang dewasa, dan juga kanak-kanak. Oleh sebab pesta buku ini diadakan pada musim cuti sekoah, pengunjung begitu ramai sekali.

                Kami terpaksa berhimpit-himpit ketika bergerak dari sebuah gerai ke sebuah gerai yang lain. Walaupun begitu, tidaklah semua gerai berada dalam keadaan penuh sesak dengan pengunjung. Aku memerhatikan gerai-gerai yang menjual buku rujukan peperiksaan dan majalah hiburan dikerumuni banyak pelawat.

                Aku difahamkan oleh pegawai di kaunter informasi bahawa pesta kali ini disertai oleh sebanyak 72 syarikat penerbiran dari dalam dan luar negara. Suasana di pesta Buku Malaysia 2004 laksana bertih digoreng kerana suara para pengunjung dan penjual mengisi seluruh ruangan pameran. Pengunjung sibuk bertanyakan judul-judul buku yang dijual. Sementara pihak penjual pula sibuk melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan.

                Selain gerai-gerai menjual pelbagai jenis buku, terdapat juga gerai yang menjual kaset, VCD, dan alat bantu mengajar. Kaset-kesat yang dijual merupakan kaset perbualan dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Jepun, Thai, Perancis dan Jerman. Aku hanya sekadar membelek-belek pembalut plastik kaset-kaset tersebut. Tiada keinginan untuk memilikinya kerana harga yang terpampang di luar kemampuanku. Berbagai-bagai VCD yang dipamerkan, sesetengahnya terunsur pendidikan dan tidak kurang pula yang bersifat hiburan semata-mata. Aku menjangka golongan kanak-kanak yang paling gemar menonton VCD yang bercorak kartun dan pertarungan antara kuasa-kuasa ajaib.

                Di tengah-tengah dewan yang serba indah itu, terdapat satu sudut bercerita. Kanak-kanak berpeluang berhibur dengan mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh tukang cerita. Pelbagai cerita fantasi dan pengembaraan untuk manfaat mereka. Aku tidak segan silu menyelinap di dalam sudut ini sekadar untuk mengenang kembali nostalgia cerota-cerita yang pernah diceritakan oleh guru semasa aku belajar di sekolah rendah dulu. Namun, aku mendapati cerita kanak-kanak kini jauh lebih maju kerana telah diubahsuai dengan perubahan zaman. Banyak unsur sains, computer, dan pengembaraan diterap ke dalam cerita-cerita khayalan ini. Dalam hati kecilku, aku menduga kanak-kanak pasti terpegun dan terhibur dengan cerita-cerita itu.

                Tidak jauh dri sudut ini terdapat pula sebuah pentas kecil. Kelihatan beberapa orang sasterawan sedang menandatangani karya-karya mereka. Antara yang kukenali ialah Datuk A. Samad Said dan Rahman Shaari. Kedua-duanya tidak putus-putus menjawab kemusykilan daripada para pengunjung. Pasti banyak antara yang bertanya ialah pelajar sekolah yang ingin mengetahui rahsia untuk mencipta karya sastera.

                Setelah mengunjungi hampir semua gerai, aku berasa keletihan. Aku singgah sebentar di sebuah gerai makan untuki membasahkan tekak. Tatkala itu, sahabat karibku, Mohamad Isa menghampiriku. Dia menemaniku di meja sambil berbual-bual tentang kehebatan pesta buku ini. Perbualan kami berkisar di sekitar jenis-jenis buku yang dipamerkan.

                Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Perutku mula berkeroncong. Aku dan rakan-rakan lain berkumpul di luar pintu besar dewan untuk menaiki bas. Ketiga-tiga orang guru pengiring kami berada di sana. Kami menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari tapak pesta untuk makan tengah hari sebelum berangkat pulang.

       Baru-baru ini, kampung anda telah menyambut ulang tahun ke-100. Anda turut mengambil bahagian dalam sambutan itu. Tulis suasana dan keadaan di perayaan yang tersebut.

                Tanggal 19 Mac 2004 banyak meninggalkan kenangan yang sukar aku lupakan. Pada tarikh tersebut, kampungku Kampung Seri Jati telah menyambut ulang tahun yang ke -100. Sesungguhnya, sambutan ini telah lama aku nantikan. Kini sahlah kampungku telah mencecah usia intan selama kewujudannya.

                Pelbagai acara telah disusun untuk menyambut hari yang penuh bermakna ini. Semenjak pagi-pagi lagi, seluruh isi kampong telah membanjiri padang yang terletak di sebelah balai raya. Tanpa mengira darjat dan usia, mereka datang untuk memeriahkan majlis sambutan yang julung-julung kalinya diadakan di kampungku. Aku tidak melepaskan peluang untuk turut serta kerana peluang hanya datang seakli dalam seumur hidup. Suasana perayaan begitu terasa dengan kehadiran banjiran manusia yang aku anggar tidak kurang daripada tiga ribu orang.

                Majlis perasmian gilng-gemilang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, negeri Hang Tuah. YAB Ketua Menteri yang telah disambut dengan paluan kompang oleh Kumpulan Kompang kampong ini telah diajak menaiki gajah, lambang kenderaan popular pada zaman silam untuk sampai ke astaka. Beliau telah diarak oleh 100 orang pemuda pemudi kampong ini yang masing-masing menunggang motosikal Jaguh.

                Selepas upacara perasmian, YAB dibawa melawat ke gerai-gerai pameran. Antaranya gerai yang mempamerkan sejarah kampung ini, gerai yang menjual hasil kraf tangan penduduk setempat dan gerai-gerai makanan. Sebanyak 100 gerai disediakan oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Ulang tahun ke-100 Kampung Seri Jati.

                Perayaan ini turut disertai oleh penduduk dari kampung-kampung sekitarnya seperti kampung Jus, Nyalas, SelandarHilir, Simpang Bekoh dan Bukit Asahan. Mereka tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama penduduk Kampung Seri Jati meraikan ulang tahun ini.

                Beberapa acara menarik telah diadakan sempena perayaan ulang tahun ini. Antaranya Pesta Sukan Rakyat yang disertai oleh golongan tua dan muda. Kelihatan para penonton ketawa hingga tidak kering gusi kerana gelagat peserta-peserta yang mencuit hati. Mislanya dalam pertandingan memanjat tiang licin bagi mendapatkan bendera ‘Jalur Gemilang’, penonton tidak putus-putus memberikan sokongan kepada peserta pilihan mereka dengan jeritan dan lolongan yang mengamatkan suasana. Bagitu juga pertandingan lari berganti-ganti dalam guni berjaya menghiburkan semua yang hadir. Acara memakai terompah gergasi juga  tidak kurang hebat sambutannya.

                Pada sebelah petang pula, perlawanan bola sepak telah diadakan. Pertandingan sungguh sengit. Suasana padang menjadi bingit dnegan suara dan jeritan para penonton yang menyokong pasukan pilihan masing-masing. Johan acara ini telah disandang oleh Kelab Tenaga Kilat dari Kampung Nyalas.

                Turut dilangsungkan ialah pertandingan suara burung. Seramai 30 orang peminat burung merbuk telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Burung yang muncul sebagai johan suara paling merdu ialah bukung merbuk kepunyaan pak Hassan dari Kampung Bukit Asahan.

                Para pengunjung juga telah dihiburkan dengan pelnagai acara nyanyian, sketsa, lawak jenaka, dan lakonan yang dipersembahkan oleh bakat-bakat muda kampung ini. Suasana pada malam perayaan bertambah marak apabila penyenyi terkenal Siti Nurhaliza muncul di pentas. Para penonton begitu asyik menghayati lagu-lagu yang dibawanya. Selesai satu lagu, keadaan di padang menjadi gamat dengan tepukan dan pekikan penonton yang memintanya menyanyikan lagu-lagu lain pula. Penyanyi yang jelita itu turut melayan permintaan para peminatnya.

                Sesungguhnya perayaan ulang tahun ke-100 penubuhan Kampung Seri Jati banyak meninggalkan kenangan manis dalam jiwaku. Sebagai anak jati kampung ini, inilah kali pertamanya kampungku mengadakan pesta sebegini meriah. Aku bangga menjadi salah seorang daripada penghuni kampung ini.

       Sekolah anda telah mengadakan pesta ria sempena Hari Terbuka sekolah. Seminggu sebelumnya, seluruh warga sekolah telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk pesta tersebut.
Gambarkan suasana kesibukan membuat persiapan tersebut selengkapnya.

                Tanggal 15 Ogos 2004 bersamaam hari Ahad, sekolahku akan mengadakan pesta ria sempena Hari Terbuka sekolah. Inilah julung-julung kali sekolah mengadakan Hari Terbuka.

                Seminggu sebelumnya, seluruh sekolah seolah-olah dalam suasdana berpesta. Para pelajar, guru serta pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing. Persiapan rapi ini amat penting dalam menentukan kejayaan pesta ria ini.

                Pintu gerbang sekolah dibaik pulih semula untuk memberi wajah baru. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang mengecat pintu gerbang tersebut. Di jenang pintu gerbang itu tertulis frasa “Selamat Datang ke Pesta Ria” sebagai mengalu-alukan para pelawat.

                Seluruh warga sekolah telah sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Sesungguhnya kebersihan melambangkan keperibadian seseorang. Begitu jugalah dengan sekolah. Sekolah yang bersih dapat memberi imej yang baik kepada masyarakat setempat yang datang berkunjung pada hari itu. Berpuluh-puluh tong sampah disediakan di sekitar sekolah untuk kegunaan orang ramai.

                Di padang sekolah pula, para pekerja sibuk mendirikan khemah untuk dijadikan sebagai gerai-gerai jualan dan permainan. Selepas kerja pemasangan siap, jawatankuasa pesta melabelkan setiap gerai. Kesemuanya sebanyak 32 gerai disediakan.

                Rumput di sekitar kawasan sekolah juga dimesin supaya kelihatan besih dan kemas. Bunyi enjin mesin rumput amat membingitkan telinga yang mendengar. Namun, keadaan tidak selesa ini hanya buat seketika sahaja. Tidak ketinggalan juga semua bilik darjah dikemas dan dicuci kerana akan dijadikan sebagai bilik pameran. Segala hasil kerja tangan pelajar dan bahan bantu mengajar yang dibuat oleh para guru akan dipamerkan. Bilik-bilik ini juga akan digunakan oleh beberapa syarikat swasta yang aakn mempamerkan barang keluaran mereka.

                Aku dan pelajar-pelajar lain begitu berkobar-kobar menantikan Pesta Ria tersebut. Kami berharap semua acara akan berjalan seperti yang dirancang. Untuk tujuan ini, Tuan Pengetua telah mengadakan mesyuarat dengan semua pengerusi jawatankuasa kecil bagi menghadapi sebarang masalah yang mungkin timbul.

                Sebuah bilik juga disediakan sebagai bilik urusetia pesta. Beberapa orang pelajar perempuan kelihatan sedang menghias bilik operasi itu. Tiga buah mikrofon dipasang di meja utama untuk memudahkan para petugas menjalankan tugas masing-masing. Selain itu, markas ini juga akan dijadikan sebagai DJ Korner untuk membolehkan para pengunjung meminta sebarang lagu untuk ditujukan kepada rakan, guru, atau sanak saudara mereka.

                Sementara di dewan sekolah pula, beberapa orang pelajar yang akan menunjukkan persembahan kebudayaan pada hari Pesta Ria sedang gigih menjalani latihan. Bunyi muzik mengisi seluruh ruang dewan. Sekali-sekala kedengaran deraian gelak-tawa yang berpanjangan daripada pelajar-pelajar berkenaan. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hati rakan mereka hingga hilai tawa bersambung-sambung.

                Sebagai pengarah projek, perasaan aku semakin hari semakin gelisah. Aku percaya aku dihantui bayang-bayang sendiri sungguhpun segala persiapan dapat dianggap terbaik. Aku berharap perasaan ini akan lenyap sebaik sahaja selesai Pesta Ria ini.

                Persiapan terakhir ialah memastikan masyarakat setempat sanggup datang mengunjungi Pesta Ria kami. Jika tidak, segala penat lelah kami akan menjadi sia-sia. Untuk ini, aku telah menghubungi pihak radio untuk menyiarkan promosi terhadap acara kami ini.

                Masa bergerak sungguh pantas. Esok tibalah hari yang dinanti-nantikan. Aku hanya mendoakan agar cuaca  pada pagi esok cerah. Semoga Tuhan Yang Maha Esa dapat memakbulkan permintaanku ini.

   Anda berpeluang untuk membeli-belah di sebuah pasar raya yang tersohor di ibu kota. Gambarkan suasana dan keadaan di pasar raya tersebut.

                Cuti persekolahan tiba lagi, Aku menghabiskan minggu pertama cuti di rumah ibu saudaraku di Kuala Lumpur. Beberapa tempat menjadi destinasi lawatanku. Namun, tempat yang paling aku nantikan ialah pusat beli-belah.

                Ibu saudaraku telah membawaku ke sebuah pusat beli-belah tersohor, iaitu Mid-Valley Mega Mall yang ketika itu baru sebulan dibuka untuk perniagaan. Kompleksnya begitu besar dan terletak tidka jauh dari stesen RTM.

                Oleh sebab kompleks beli-belah raksasa ini terletak di suatu lokasi strategik, tempat ini sentiasa dikunjungi ramai. Tambahan, medan kenderaan yang terletak di bawah kompleks mengenakan bayaran yang amat berpatutan. Masuk sahaja ke perut kompleks, udara dingin menerjah ke tubuhku di samping telingaku ditusuk dengan pelbagai lagu yang berirama lembut dan sentimental. Dengangan lagu-lagu ini diselangi dengan pelbagai pengumuman oleh DJ yang bertugas. Walau bagaimanapun, suara lunak dna nyanyian itu kerap ditenggelami oleh suara riuh rendah para pengunjung yang membeli-belah di situ. Keadaan menjadi lebih hiruk pikik pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

                Pelbagai ragam manusia dapat diperhatikan di sini. Terdapat pelanggan yang serius datang untuk membeli-belah. Sesetenganhnya hanya merayau-rayau untuk mengisi masa lapang. Kelihatan juga pasangan muda yang mundar-mandir. Masing-masing dengan tujuan dan haluan sendiri.

                Dari pemerhatianku, bahagian pakaian yang paling sibuk. Ibu bapa sibuk mencari dan memilih pakaian untuk anak masing-masing. Kebetulan waktu itu ialah cuti sekolah dan sambutan Hari Raya menjalang tiba. Para pelanggan sentiasa dibantu oleh gadis-gadis jurujual yang manis dengan senyumannya. Banyak pilihan terdapat di sini. Aku lihat setengah-setengah pelanggan rambang mata untuk membuat pilihan. Semua pakaian dipamerkan kelihatan cantik-cantik belaka.

                Di bahagian pasar raya tidak kurang juga sibuknya. Pelanggan bersesak-sesak membeli keperluan harian. Barangan yang dijual kelihatan bersih dan segar. Aku kira sesiapa sahaja yang singgah di sini tentu akan membeli sesuatu. Bagi yang tidak terlalu cerewet, urusan beli belah dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja. Golongan pengguna yang cerewet, aku perhatikan menghabiskan masa yang lama di sini.

                Tidak jauh dari kaunter pembayaran pasar raya ini, terdapat beberapa gerai yang menjual buah-buahan tempatan. Sekali pandang aku terpegun kerana inilah kali pertama aku ketemu keadaan begini. Aku difahamkan tujunnya adalah bagi mewujudkan suasana yang ceria kepada para pembeli, seperti di tepi-tepi jalan. Sambutannya juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai buah-buahan dijual. Ada durian, rambutan, manggis, betik, tembikai, dan sebagainya.

                Di bahagian menjual barangan elektrik dan elektronik, bunyi bising kuat yang berkumandang dari peti televisyen dan radio yang disusun secara berderet dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di situ. Orang ramai yang ada hati untuk memberli sesuatu asyik memerhati dan meneliti barang-barang yang dipamerkan. Ada juga mereka yang berjalan sambil melihat-lihat sahaja. Suara jurujual yang menerangkan sesuatu kepada pelanggan antara dengar dengan tidak kerana dihanyutkan oleh suasana bising.

                Ketika sibuk membelek-belek buku, aku terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari kedai buku. Akku terus membawa kanak-kanak tersebut ke kaunter penerangan. Pengumuman dibuat untuk mencari ibu bapa kanak-kanak itu. Tidak lama kemudian, ibu bapanya muncul. Mereka mengucapkan terima kasih kepadaku berkali-kali.

                Tanpa bersuara, aku terus beredar meninggalkan episode si- kecil itu. Suasana di dalam pasar raya besar tersohor itu amat membingitkan. Buku yang ingin kumiliki sudah kubeli. Apabila melangkah keluar dari kompleks itu, aku dicengkam perasaan puas kerana dapat membantu seorang kanak-kanak yang ‘sesat’ serta dapat membeli sebuah novel yang menjadi idamanku selama ini. Aku terus meninggalkan pasar raya tersebut dengan diiringi oleh bapa saudaraku.

    Suatu ekspo pendidikan sains dan teknologi telah berlangsung di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda bersama rakan-rakan dalam menjayakan ekspo itu.

                Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Muhammad seolah-olah dalam suasana  berpesta. Seluruh pelajar, guru dan pekerja sibuk menjalankan tugas masing-masing sebagai persiapan untuk ekspo pendidikan sains dan teknologi yang juling-julung jail diadakan pada tahun ini.

                Aku dan rakan-rakan dalam Persatuan Sains dan Teknologi sekolah diberi tugas untuk menjayakan ekspo tersebut. Akulah yang paling sibuk kerana aku pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi sekolah. Namun aku tidak akan dapat melaksanakan tugas berat ini seorang diri. Aku memerlukan kerjasama padu semua pelajar, guru dan pekerja sekolah dalam menyempurnakan tanggungjawab ini.

                Sehari sebelum ekspo berlangsung, pelajar-pelajar telah berpadu tenaga menyediakan tempat pameran. Bangunan blok A diubah suai untuk dijadikan bilik pameran. Beberapa jam kemudian, seluruh blok ini telah berubah menjadi sebuah dewan pameran yang indah.

                Pameran dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya termasuklah Fizik, Kimia, Biologi, Teknologi Makanan, Jentera Pertanian, Sains Tenaga Nuklear, Matematik, dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

                Ekspo ini telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari seluruh Negeri Sembilan, selain penyertaan beberapa kolej swasta dan universiti tempatan.

                Padang, sekolah juga dibersihkan oleh para pekerja am. Bendera setiap negeri dalam Malaysia dipacakkan di sekeliling padang. Berbelas-belas khemah didirikan untuk menempatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang telah diundang khas untuk mempamerkan perkhidmatan mereka. Antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pengairan dan Saliran, dan Jabatan Kerja Raya. Tujuan diadakan pameran dari agensi kerajaan adalah untuk mendedahkan para pelajar dan orang ramai kepada fungsi dan peranan agensi-agensi yang tersebut.

                Selain itu, gerai-gerai menjual pelbagai makanan dan minuman ditempatkan dalam lapan khemah. Kesemua gerai itu dikendalikan oleh Kelab Usahawan Muda sekolah yan baru ditubuhkan beberapa bulan yang lepas. Aku menasihati jawatankuasa Kelab Usahawan Muda untuk menghiasi gerai-gerai mereka agar dapat memikat orang ramai untuk menjamu selera di gerai masing-masing. Tujuannya adalah bai menyerikan suasana ekspo.

                Pejabat pengetua telah diubah suai menjadi urusetia ekspo. Pelbagai hiasan dan carta yang menunjukkan pelbagai maklumat diletakkan pada dinding. Tiga buah meja panjang disusun untuk menempatkan para petugas. Sebuah pembesar suara dan tiga buah mikrofon dipasang untuk tujuan membuat pengumuman dan hebahan dari semasa ke semasa.

                Agensi dan badan kerajaan yang paling awal datang untuk menempatkan segala alatan dan barang pameran di khemah-khemah yang disediakan. Ini diikuti oleh para peserta ekspo telah datang dengan membawa bahan pameran masing-masing pada lewat petang. Mereka menyusun barang pameran di bilik-bilik yang telah ditetapkan. Aku memerhatikan pelbagai alatan dan ciptaan mereka dibawa turun dari kereta dan van yang disewa khas. Para ahli jawatankuasa ekspo menolong mengangkut bahan-bahan pameran itu.

                Jawatankuasa Pelaksana terpaksa bertugas sehingga jauh malam untuk memastikan segala persiapan dibereskan. Hal ini juga disebabkan masih ada sekolah yang belum dapat menghantar bahan pameran mereka. Peserta-peserta dari Sekolah Tinggi Port Dickson merupakan pasukan terakhir tiba untuk menyusun bahan ciptaan mereka, iaitu sistem yang dapat mencegah kes pecah rumah. Aku terpegun apabila melihat alat ciptaan mereka itu.

                Kami berasa amat letih setelah beberapa hari bekerja keras membuat persiapan bagi menjayakan ekspo ini. Kini segala-galanya sudah siap. Kami hanya menunggu upacara persamiannya pada jam 2.00 petang keesokan harinya. Upacara perasmian akan disempurnakan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia.

                Selesai upacara perasmian, aku dan rakan-rakan dalam Jawatankuasa Pelaksana berasa lega kerana telah berjaya membantu pihak sekolah dalam menjayakan ekspo yang sebegini besar pada tahun ini.
LATIHAN dan  JAWAPAN
NOVEL
 AZFA HANANI
&

KEMBARA AMIRA

Huraikan perbezaan tema dalam kedua-dua novel yang anda kaji.

             Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel ini mempunyai tema yang berbeza.
            Tema novel Azfa Hanani ialah pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
            Novel Kembara Amira pula membawa tema pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya, Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

…………………………………………………………………..

Bincangkan persoalan novel yang anda kaji          (Novel Kembara Amira)

Persoalan Kembara Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
Seterusnya persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
Selain itu persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
Persoalan yang lain ialah kecintaan terhadap alam sekitar.Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah. 
Terdapat juga  persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.

Nyatakan Persoalan Dalam Novel Yang Anda Kaji  (Novel Azfa Hanani_)

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Antara persoalannya ialah pengorbanan dalam menempuh kehidupan.  Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.  Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung.   Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa TengkuMuzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

Persoalan seterusnya ialah berani mengambil risiko. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko  dengan menyamar sebagai Tengku Murni.  Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah  baharu dan kawan-kawan yang baharu.

Selain itu ada juga persoalan kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian .Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.  Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih  bersikap optimis dan tidak berputus asa.

Persoalan lain ialah Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat. Ini terbukti apabila Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana  tamakkan harta. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana  Ekran berasal dari keluarga yang susah.Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

            Begitu juga dengan persoalan berpegang kepada janji.  Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada   Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang  lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan  mereka.

Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca. (AZFA HANANI)

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani.
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni.
Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu.
Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.

Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.  ( AMIRA)

Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Amira.
Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang.  Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas mereka.
Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai.  Amira telah  terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau.

Huraikan satu peristiwa yang mencemaskan dalam dua buah novel yang anda kaji. (8m)
                Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel memaparkan peristiwa yang mencemaskan.
                Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Azfa Hanani ialah ketika dipanggil oleh penetua.  Di Makmal Kimia, dua orang pengawas datang memberitahunya bahawa pengetua ingin berjumpa dengannya. Hal ini mencemaskan Azfa Hanani kerana dia bimbang rahsianya mencuri buku-buku rujukan SPM di perpustakaan telah terbongkar dan dia akan dihukum atas kesalahannya itu.
               Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Kembara Amira ialah ketika Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Hal ini mencemaskan kerana Amira terus dibawa arus yang deras dan gagal ke tepi. Dia akhirnya diselamatkan oleh dua orang lelaki Orang Asli Semai.

Latar amat penting dalam sebuah novel. Bincangkan Latar Masyarakat novel yang anda kaji
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah Masyarakat yang sanggup berkorban dengan  tujuan membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
Selain itu  masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.
            Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
Masyarakat pelajar juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
Begitu juga  masyarakat yang berpegang kepada janji.  Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

 Huraikan dua peristiwa yang menyayat hati dalam sebuah novel yang anda kaji. (7m)
               Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan peristiwa yang menyayat hati dalam novel ini.
               Peristiwa yang pertama ialah ketika Azfa Hanani ditampar oleh Datin Maziah setelah rahsia penyamarannya terbongkar. Hal ini berlaku kerana Datin Maziah terdengar akan pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani tentang soal status. Datin Maziah yang terlalu marah telah mengusir Azfa Hanani dari banglo mewah itu malam itu juga,
               Peristiwa yang kedua ialah ketika Datuk Tengku Makmur menceritakan  hal yang sebenarnya bahawa dialah yang telah menyebabkan kematian ibu bapa kandung Azfa Hanani apabila kereta yang dipandunya melanggar teksi yang dinaiki oleh keluarga Azfa Hanani sehingga terjatuh ke dalam gaung. Azfa Hanani yang masih bayi telah dipelihara oleh pak longnya dan hidup serba kekurangan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua keistimewaan perwatakan watak utama.
             Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Watak utama dalam novel ini ialah seorang gadis bernama Azfa Hanani. Perwatakan watak utama digambarkan oleh pengarang dengan beberapa keistimewaan.
             Keistimewaan perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni bagi memulihkan keadaan Datin Maziah yang begitu tertekan dengan kematian anak gadisnya itu.
            Keistimewaan perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Buktinya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.
            Keistimewaan perwatakan watak utama yang seterusnya ialah seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam. Buktinya, Azfa Hanani sedia memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah terhadapnya.

Huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda kaji. (7 m)
               Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani.  Pengarang telah memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini.
               Peristiwa pertama yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.
                Peristiwa kedua yang memaparkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
                Peristiwa seterusnya ialah tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya

Nilai murni banyak digarap dalam sesebuah novel. Huraikan nilai-nilai tersebut

Nilai banyak dipaparkan dalam sesuah novel, antaranya  ialah nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban denagn meenrima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi merawat penyakit lumpuhnya serat membantu seorang ibu daripada mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan anak kesayangannya.

Nilai seterusnya ialah, nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya Azfa Hanani gigih dan tekun belajar demi masa depannya hingga sanggup “meminjam” buku-buku daripada perpustakaan semata-mata untuk membuat rujukan.

Selain itu ialah nilai berpegang kepada janji. Contohnya Tengku Muzaffar menunaikan janjinya untuk mengajar Azfa Hanani menggunakan computer selepas selesai menyiapkan tesisnya.
Akhir sekali ialah nilai prihatin. Abang Mazran dan isterinya sangat mengambil berat tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di rumah ibu mereka.

Bincangkan pengajaran novel Azfa Hanan

Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah, kita hendaklah sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Azfa Hanani sanggup memerima tawaran Abang Mazrann untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa yang akan mengganggu kesihatannya.

Selain itu untuk berjaya kita mestilah gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

Kita janganlah lupa akan asal usul kita. Azfa Hanani bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya terdiri daripada golongan yang elit. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran mahupun Datin Maziah.

Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan atau memerlukan pertolongan. Tengku Mazran sedaya upaya mendapatkan rawatan bagi Zuraini sehingga menghantar Zuraini ke Indonesia bagi mendapatkan rawatan. Akhirnya, Zuraini dapat berjalan semula.

Sesebuah novel berkembang berdasarkan teknik plot yang ditampilkan. Bincangkan
Dari segi teknik plot, terdapat beberapa teknik yang digunakan seperti teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog watak sendiri. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin Maziah koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas kembali setelah Datuk Tengku Makmur bertemu dengan pak long Azfa Hanani. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat daripada lelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri yang memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan teksi yang ditumpangi oleh ibu bapa Azfa Hanani terbabas.
Selain daripada teknik imbas kembali,pengarangjuga menggunakan sedikit teknik imbas muka melalui watak Azfa Hanani. Semasa di Sekolah Menengah Sri Dian, Azfa Hanani beberapa kali telah membayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa hadapan. Akibat daripada perbuatannya mencuri guna buku-buku rujukan dari perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan  atau dibuang sekolah. Semasa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik pengetua Azfa Hanani membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Dia reda menerima hukuman berkenaan. Semasa di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia penyamarannya akan terbongkar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan teknik kejutan.  Kewujudan kejutan menyebabkan pergerakan plot semakin memuncak. Kejutan pertama ialah kedatangan tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani berada di Sekolah Menengah Sri Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani seterusnya terkejut apabila dia diminta menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah meninggal dunia dengan segala kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan sepupunya yang lumpuh. Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara diam-diam. Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta menghalaunya dari rumah pada malam itu juga. Kejutan berikutnya ialah kedatangan Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah sendiri serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke rumah pak long Azfa Hanani selepas Azfa Hanani dihalau dari rumah.
Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca dan watak Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semasa Ekran dan Azfa Hanani berjalan ke penta buku. Selain daripada itu, pembaca dan Azfa Hanani sendiri berasa suspens apabila Ekran memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan Tengku Murni kepada Azfa Hanani semasa sambutan hari jadi. Azfa Hanani tertanya-tanya tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani ingin bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.
(Azfa Hanani)

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.  
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya  berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.   
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.
(KEMBARA AMIRA)
          Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa  tergelincir di Air Terjun Angin.  Amira tergelincir lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya.       
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Amira menemukan mobile disk di lantai gua. Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan   penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada. 

PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalankasih sayang dalam kalangan hali keluarga. Prof. Zaidah sayang akan anaknya Amira. Cuma dalam kesibukannnya dengan tugas menyebabkan amira sedikit terabai semasa Mira berada di hutan itu bersamanya. Dia pernah menangis semasa dia cedera apabila dia sedar bahawa dia tidak memberikan perhatian yang sebaik mungkin semasa Amira hamper lemas di sungai. Demikian juga dengan Tau. Dia sayang akan anaknya Itai. Oleh sebab itulah dia sanggup menjamin Itai yang didapati bersalah mendedahkan rahsia sungai yang mengandungi emas kepada Amira. Dia memberi jaminan dengan darahnya sendiri. Tau juga sayang akan anaknya Sabi. Sebab itulah dia tidak mahu melepaskan Sabi semasa Itai, Amira dan Pak Lias ingin membawa Sabi turun dari puncak Gungung Gua Gajah. Dia mahu bersama Sabi yang telah lama meninggalkannya.        

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalankemusnahan alam semulajadi yang perlu dihentikan. Antara faktor yang menyumbang kepada kemusnahan hutan dalam novel ini ialah aktiviti pembalakan dan aktiviti perlombongan. Masyarakat Orang Asli cuba menghalang kegiatan permbalakan di kawasan tersebut. Orang yang bersungguh-sungguh ialah Tau yang menyamar diri sebagai makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Dia pernah menakut-nakutkan pekerja balak dengan menggantung seorang daripada mereka secara songsang. Oleh kerana takut, aktiviti pembalakan dihentikan. Tau juga dengan berkaian kulit beruang yang berbulu tebal dengan menangkap seorang daripada pekerja pencari emas. Malah Prof. Zaidah tekun mencari artifak sejarah di kawasan itu untuk menyelamatkannya daripada aktiviti perlombongan. Akhirnya Malique berjaya membatalkan aktiviti tersebut dengan mencipta virus dalam laporannya.

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Kembara Amira ialah persoalan konflik dan perpecahan keluarga. Persoalan ini lebih merujuk kepada keluarga Tau. Ia berpunca daripada keputusannya untuk berkahwin dengan Ipah yang disisihkan oleh masyarakat Orang Asli di perkampungan itu. Ipah tertekan dengan kehidupan di perkampungan tersebut. Kehadiran Johnny telah merubah segalanya. Ipah telah terpengaruh dengan Johnny dan telah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah membawa anaknya Sabi. Perpisahan itu menyebabkan Tau mengalami tekanan dan menyisihkan diri. Malah anaknya yang kecil telah diserahkan kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Kehadiran Malique di hutan itu memberikan harapan kepada Tau. Dia mengambil kesempatan untuk mengambil Malique apabila kenderaan yang dinaiki Malique dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Kedatangan Jennifer akhirnya merungkai segala kekusutan. Malique atau Sabi bersatu semula denganayahnya Tau.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan artifak dan tinggalan sejarah yang amat bernilai perlu dipelihara daripada kemusnahan. Prof. Zaidah bersungguh-sungguh mewlakukan kerja cari gali di hutan dan Bukit Mat Raya. Dia amat berharap agar dia menemui artifak yang bernilai yang membolehkan hutan itu diisytiharkan sebagai kawasan sejarah. Jika usahanya berhasil, hutan yang mengandungi bukti-bukti kemujudan manusia prasejarah itu dilindungi. Menyedari hakikit itu, tau yang pada awalnya tidak senang dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Prof. Zaidah telah menawarkan diri untuk menolong dan mendapatkan artifak tersebut. Tau telah membawa pasukan Prof. Zaidah ke sebuah gua di atas gunung batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Gua Gajah. Di dalam gua itu mereka telah menemui lakaran lukisan purba pada dinding gua. Mereka juga telah menemui kapak baru yang digunakan oleh manusia Melayu-proto.

Watak Itai dalam novel ini membewa persoalan pendidikan dan kemajuan yang dialami oleh masyarakat Orang Asli. Itai banyak mempelajari rahsia hutan daripada Tau. Malah dia bakal menjadi ketua masyarakat Orang Asli Semai di situ. Namun dia seroang yang berpendidikan. Dia pernah terlibat atau menyertai Pameran Saintis Muda 2002. Dalam program tersebit dia telah mendapat tempat kedua dalam pbahagian berubatan herba. Amira pernah melihat Itai pada program tersebut. Dalam email yang dihantar kepada Amira tidak lama kemudian, dia telah memberitahu Amira bahawa dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kubang Kerian. Itu merupakan kejayaan besar bagi masyarakat Orang Asli. Malah mereka pada hari ini telah terdedah dengan teknologi  baru termasuklah teknologi IT. Projek ini telah diusahakan oleh Malique semasa dia tinggal bersama bapanya Tau. Dia telah memaklumkan perkembangan tersebut kepada Amira melalui emailnya.

Novel ini juga menggarapkan persoalan adat dan budaya masyarakat Orang Asli. Satu budaya yang jelas dalam kalangan masyarakat Orang Asli ialah kesukaran untuk menerima dan mempercayai orang luar atau orang asing daripada masyarakat mereka. Keadaan ini dirasai oleh Ipah yang merupakan seorang keturunan Inggeris dari Australia. Warna rambut, mata dan warna kulitnya berbeza dengan orang lain menyebabkan Ipah disisihkan. Malah kedatangannya dikatakan membawa sial kepada masyarakat Orang Asli. Ibunya pernah mewarnakan rambutnya dengan arang. Namun usaha itu tidak berkesan. Akibat daripada tekanan kerana disisihkan dia mudah dipengaruhi oleh Johnny dan kemudiannya melarikan diri meninggalkan suaminya Tau dan seorang anak kecil. Begitu juga dengan Itai yang didapati bersalah mendedahkan rahsia tempat yang mengandungi emas kepada Amira. Mereka tidak yakin Amira akan dapat menyimpan rahsia itu.

Watak Amira, Jacinta dan Itai mencerminkan persoalan integrasi kaum di negara Malaysia yang berbilang kaum. Amira merupakan seorang berbangsa Melayu manakala Jacinta pula berbangsa Cina. Namun mereka tidak kekok untuk berkawan dan bergaul mesra. Mereka menghabiskan cuti bersama-sama di tapak cari gali yang diketuai oleh ibu Amira iaitu Prof. Zaidah. Malah Prof. Zaidah sendiri telah melayan Jacinta dengan baik. Rahsia Jacinta yang tidak mesra dengan ibu tirinya juga telah diketahui oleg Prof. Zaidah. Dia menasihati Jacinta agar cuba mengambil masa untuk memperbaiki keadaan itu. Di hutan itu juga mereka berkenalan dengan Itai, seorang remaja Orang Asli Semai. Selepas mereka berkenalan, mereka menerima baik hubungan yang terjalin. Malah lebih jauh lagi. Itai mempercayai Amira apabila dia berani membawa Amira ke tempat yang mengandungi emas walaupun dia tahu bahawa tempat itu adalah rahsia masyarakatnya.

LATIHAN NOVEL – AZFA HANANI DAN KEMBARA AMIRA

Huraikan perbezaan tema dalam kedua-dua novel yang anda kaji.  (8m)

Bincangkan persoalan novel yang anda kaji                                               (8m)

Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.                              (7m)

Huraikan satu peristiwa yang mencemaskan dalam dua buah novel yang anda kaji.  
(8m)

 Huraikan dua peristiwa yang menyayat hati dalam sebuah novel yang anda kaji.  
(7m)

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua keistimewaan perwatakan watak utama.                                                                                     (7m)

Latar amat penting dalam sebuah novel. Bincangkan Latar Masyarakat novel yang anda kaji                                                                                                (8m)

Huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda kaji.                                                                      (7 m)

Sesebuah novel berkembang berdasarkan teknik plot yang ditampilkan bincangkan teknik plot novel Azfa Hanani                                                                   (7m)

Bincangkan pengajaran novel Azfa Hanani                                                (8m)

HURAIKAN PERBEZAAN TEMA DALAM KEDUA-DUA NOVEL YANG ANDA KAJI.
             
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel ini mempunyai tema yang berbeza.
           
Tema novel Azfa Hanani ialah pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
           
Novel Kembara Amira pula membawa tema pengembaraan seorang remaja perempuan dalam mematangkan hidupnya. Hal ini digambarkan melalui watak Amira. Amira sebagai watak utama menghabiskan cuti persekolahan dengan menyertai ibunya, Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

BINCANGKAN PERSOALAN NOVEL YANG ANDA KAJI    (NOVEL KEMBARA AMIRA)

Persoalan Kembara Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

Seterusnya persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

Selain itu persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Persoalan yang lain ialah kecintaan terhadap alam sekitar.Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah. 

Terdapat juga  persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.

BINCANGKAN PERSOALAN NOVEL YANG ANDA KAJI   (NOVEL KEMBARA AMIRA)

Persoalan Kembara Amira ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Hal ini digambarkan melalui sikap Prof Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.

Seterusnya persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini terlihat melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.

Selain itu persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.

Persoalan yang lain ialah kecintaan terhadap alam sekitar.Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah. 

Terdapat juga  persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya, iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadi perpecahan keluarga.

NYATAKAN PERSOALAN DALAM NOVEL YANG ANDA KAJI  (NOVEL AZFA HANANI)

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Antara persoalannya ialah pengorbanan dalam menempuh kehidupan.  Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.  Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung.   Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa TengkuMuzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

Persoalan seterusnya ialah berani mengambil risiko. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko  dengan menyamar sebagai Tengku Murni.  Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah  baharu dan kawan-kawan yang baharu.

Selain itu ada juga persoalan kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian .Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.  Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih  bersikap optimis dan tidak berputus asa.

Persoalan lain ialah Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat. Ini terbukti apabila Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana  tamakkan harta. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana  Ekran berasal dari keluarga yang susah.Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

            Begitu juga dengan persoalan berpegang kepada janji.  Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada   Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang  lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan  mereka.

WATAK UTAMA DALAM SESEBUAH NOVEL BANYAK MENGHADAPI CABARAN. NYATAKAN CABARAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL YANG ANDA BACA. (AZFA HANANI)

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani.

Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni.

Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu.

Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.

WATAK UTAMA DALAM SESEBUAH NOVEL BANYAK MENGHADAPI CABARAN. NYATAKAN CABARAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL YANG ANDA BACA. (AZFA HANANI)

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani.

Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni.

Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu.

Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya

WATAK UTAMA DALAM SESEBUAH NOVEL BANYAK MENGHADAPI CABARAN. NYATAKAN CABARAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL YANG ANDA BACA.  ( AMIRA)

Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Amira.

Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang.  Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.

Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas mereka.

Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai.  Amira telah  terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau.

HURAIKAN SATU  PERISTIWA YANG MENCEMASKAN DALAM DUA BUAH NOVEL YANG ANDA KAJI. (8M)

                Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel memaparkan peristiwa yang mencemaskan.

                Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Azfa Hanani ialah ketika dipanggil oleh pengetua.  Di Makmal Kimia, dua orang pengawas datang memberitahunya bahawa pengetua ingin berjumpa dengannya. Hal ini mencemaskan Azfa Hanani kerana dia bimbang rahsianya mencuri buku-buku rujukan SPM di perpustakaan telah terbongkar dan dia akan dihukum atas kesalahannya itu.

               Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Kembara Amira ialah ketika terjatuh ke dalam sungai yang deras. Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Hal ini mencemaskan kerana Amira terus dibawa arus yang deras dan gagal ke tepi. Dia akhirnya diselamatkan oleh dua orang lelaki Orang Asli Semai.

 HURAIKAN DUA PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI DALAM SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI. (7M)

               Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan peristiwa yang menyayat hati dalam novel ini.
              
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa ditampar apabila rahsia terbongkar. Ini ketika Azfa Hanani ditampar oleh Datin Maziah setelah rahsia penyamarannya terbongkar. Hal ini berlaku kerana Datin Maziah terdengar akan pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani tentang soal status. Datin Maziah yang terlalu marah telah mengusir Azfa Hanani dari banglo mewah itu malam itu juga,
           
   Peristiwa yang kedua ialah peristiwa pengakuan menyebabkan kematian. Ketika Datuk Tengku Makmur menceritakan  hal yang sebenarnya bahawa dialah yang telah menyebabkan kematian ibu bapa kandung Azfa Hanani apabila kereta yang dipandunya melanggar teksi yang dinaiki oleh keluarga Azfa Hanani sehingga terjatuh ke dalam gaung. Azfa Hanani yang masih bayi telah dipelihara oleh pak longnya dan hidup serba kekurangan.

BERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI, JELASKAN DUA KEISTIMEWAAN PERWATAKAN WATAK UTAMA.
  
             Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Watak utama dalam novel ini ialah seorang gadis bernama Azfa Hanani. Perwatakan watak utama digambarkan oleh pengarang dengan beberapa keistimewaan.

             Keistimewaan perwatakan watak utama yang pertama ialah seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni bagi memulihkan keadaan Datin Maziah yang begitu tertekan dengan kematian anak gadisnya itu.
            Keistimewaan perwatakan watak utama yang kedua ialah seorang yang gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Buktinya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.
 
            Keistimewaan perwatakan watak utama yang seterusnya ialah seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam. Buktinya, Azfa Hanani sedia memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah terhadapnya.

LATAR AMAT PENTING DALAM SEBUAH NOVEL. BINCANGKAN LATAR MASYARAKAT NOVEL YANG ANDA KAJI

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah masyarakat yang sanggup berkorban dengan  tujuan membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
Selain itu  masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.
Latar masyarakat seterusnya ialah Masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.
            Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
Masyarakat pelajar juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
Begitu juga  masyarakat yang berpegang kepada janji.  Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

HURAIKAN DUA PERISTIWA YANG MEMAPARKAN NILAI TANGGUNGJAWAB DALAM SEBUAH NOVEL YANG ANDA KAJI.
 (7 M)
 
             Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani.  Pengarang telah memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini.
               Peristiwa pertama yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.
                Peristiwa kedua yang memaparkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
                Peristiwa seterusnya ialah tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya

SESEBUAH NOVEL BERKEMBANG BERDASARKAN TEKNIK PLOT YANG DITAMPILKAN BINCANGKAN TEKNIK PLOT NOVEL AZFA HANANI
            Dari segi teknik plot, terdapat beberapa teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog watak sendiri. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin Maziah koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas kembali setelah Datuk Tengku Makmur bertemu dengan pak long Azfa Hanani. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri yang memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan teksi yang ditumpangi oleh ibu bapa Azfa Hanani terbabas.
            Selain daripada teknik imbas kembali,pengarang juga menggunakan sedikit teknik imbas muka melalui watak Azfa Hanani. Semasa di Sekolah Menengah Sri Dian, Azfa Hanani beberapa kali telah membayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa hadapan. Akibat daripada perbuatannya mencuri guna buku-buku rujukan dari perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan  atau dibuang sekolah. Semasa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik pengetua Azfa Hanani membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Dia reda menerima hukuman berkenaan. Semasa di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia penyamarannya akan terbongkar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

            Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan teknik kejutan.  Kejutan pertama ialah kedatangan tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani berada di Sekolah Menengah Sri Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani seterusnya terkejut apabila dia diminta menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah meninggal dunia dengan segala kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan sepupunya yang lumpuh. Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara diam-diam. Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta menghalaunya dari rumah pada malam itu juga. Kejutan berikutnya ialah kedatangan Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah sendiri serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke rumah pak long Azfa Hanani selepas Azfa Hanani dihalau dari rumah.
            Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca dan watak Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semasa Ekran dan Azfa Hanani berjalan ke penta buku. Selain daripada itu, pembaca dan Azfa Hanani sendiri berasa suspens apabila Ekran memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan Tengku Murni kepada Azfa Hanani semasa sambutan hari jadi. Azfa Hanani tertanya-tanya tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani ingin bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
NILAI MURNI BANYAK DIGARAP DALAM SESEBUAH NOVEL. HURAIKAN NILAI-NILAI TERSEBUT

Nilai yang pertama ialah nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban denagn meenrima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi merawat penyakit lumpuhnya serat membantu seorang ibu daripada mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan anak kesayangannya.

Nilai seterusnya ialah, nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya Azfa Hanani gigih dan tekun belajar demi masa depannya hingga sanggup “meminjam” buku-buku daripada perpustakaan semata-mata untuk membuat rujukan.

Selain itu ialah nilai berpegang kepada janji. Contohnya Tengku Muzaffar menunaikan janjinya untuk mengajar Azfa Hanani menggunakan computer selepas selesai menyiapkan tesisnya.
Akhir sekali ialah nilai prihatin. Abang Mazran dan isterinya sangat mengambil berat tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di rumah ibu mereka.

BINCANGKAN PENGAJARAN NOVEL AZFA HANAN

Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah, kita hendaklah sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Azfa Hanani sanggup memerima tawaran Abang Mazrann untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa yang akan mengganggu kesihatannya.

Selain itu untuk berjaya kita mestilah gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

Seterusnya kita janganlah lupa akan asal usul kita. Azfa Hanani bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya terdiri daripada golongan yang elit. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran mahupun Datin Maziah.

Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan atau memerlukan pertolongan. Tengku Mazran sedaya upaya mendapatkan rawatan bagi Zuraini sehingga menghantar Zuraini ke Indonesia bagi mendapatkan rawatan. Akhirnya, Zuraini dapat berjalan semula.

Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.   (Azfa Hanani)