AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialahTerengganu dan Negeri Sembilan. Di samping itu, soalan negeriPahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

     Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

     Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

     Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

     Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 ,  2012

Nama
 
NOKP  TING  KELAS  JANTINA  BM 
MUHAMMAD ZAID BIN ZULKEFLY  950730146335 T4  T1  66
IDRUL SHAZRIL BIN SAEDI  950511086141 T4  KE  70
MAHATHIR BIN MUHAMMAD  950316147025 T4  KE  42
MOHAMAD HAKIM AHMAD NAWAWI  950925085915 T4  KE  20
MOHAMAD NURAZMI BIN ZAINAL  950511085659 T4  KE  46
MOHAMMAD NORAZMAN BIN ZAINAL  950511085595 T4  KE  15
MOHD AMIR FITRI BIN RAZALI  950316086621 T4  KE  29
MUHAMAD AZRI BIN MAKRI  951110085855 T4  KE  25
MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH  950806075159 T4  KE  44
MUHAMMAD AIDIL FAISAL B AHMAD MAHIR  951217085169 T4  KE  24
MUHAMMAD AMINUR SOLEHIN  951223086827 T4  KE  TH 
MUHAMMAD FAIZAL B ZULKIPLI  950415085755 T4  KE  40
MUHAMMAD FARHAN BIN ABDULLAH  950711085987 T4  KE  21
MUHAMMAD IBRAHIM B MOHD TAIB  951205086201 T4  KE  45
MUHAMMAD RAFIQ BIN HAMIDI  950210086173 T4  KE  24
MUHAMMAD ZAKUAN OTHMAN  950728085633 T4  KE  50
MUHAMMAD ZAKWAN B MOHD YUSOF  950505086153 T4  KE  22
SHARUL AMIN B AHMAD NAZAIR  950818085621 T4  KE  40
SYAMIR ASYRAF BIN MOHAMED SHUHAIMI  950527086293 T4  KE  47
SYED MUHAMAD HAFIZI BIN SYED AWI  950813085233 T4  KE  40
ANIS MASTURA BINTI RAMLAN  950109086522 T4  AGAMA  74
ASHIKIN BINTI ABU HASSAN KUSAHERI  950309085196 T4  AGAMA  69
FATIN NURFATINI ATHIRA BNTI AMIR  950604085332 T4  AGAMA  78
FATIN SYAMIRA BINTI KUSWADINATA  950509095196 T4  AGAMA  74
KHAIRUL SHABIRIN B BADRUL HISHAM  950000000001 T4  AGAMA  65
MOHAMMAD HABIBULLAH AS SYIDDIQ   951227085883 T4  AGAMA  69
MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD RADZIF  950207085013 T4  AGAMA  60
MUHAMMAD NURUSSALAM B SALMAN  950810085683 T4  AGAMA  64
MUHAMMAD UMAIR NAIM BIN ZAKARIA  950425086583 T4  AGAMA  65
NOOR AMNI BINTI MOHD YUSRI  950611 T4  AGAMA  79
NOR HIDAYAHADILATULASYIQIN  951211085328 T4  AGAMA  71
NOR SUHANA BINTI JAMALUDDIN  950106086332 T4  AGAMA  74
NORFAREHAH BINTI MOHD AMIN  950920086150 T4  AGAMA  75
NUR HAFIZAH BINTI ZAINUDI  950813085486 T4  AGAMA  70
NURUL ASYIQIN BINTI KHAIRUDDIN  950425065520 T4  AGAMA  74
NURUL FATIN BINTI MUSA  951226086008 T4  AGAMA  62
NURUL SYAHIIDAH BT FUAD  951009086298 T4  AGAMA  64
PUTERI NUR IZZATI BINTI MEGAT AHMAD  950223086470 T4  AGAMA  61
PUTERI NURUL SYAZWANI BINTI MEGAT SAHARUDDIN  950508086300 T4  AGAMA  72
SITI SYAFIQAH BINTI TAUFIK SUHAIMI  950827085428 T4  AGAMA  70
AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN  950719086159 T4  PA  46
ASMIDAR SUHADAH BINTI SUKERI  950812085636 T4  PA  54
FAIZAL AMRI BIN MOHAMMAD JOHARI  950813085881 T4  PA  47
FARAH \'ATIFAH ARNIE BT AHMAD YUSOP  950326085542 T4  PA  61
FATIN AFIQAH BINTI MOHAMAD HANAFIAH  951115085520 T4  PA  71
IMANUDDIN BIN ADLAN  950512086629 T4  PA  43
MUHAMMAD FAHIM BIN SAMLI  950812085601 T4  PA  61
MUHAMMAD FAIZ FAUZAN BIN ANUAR SHAD  950309085647 T4  PA  40
MUHAMMAD NOR HAZIM BIN AHMAD HASNI  950404085581 T4  PA  75
MUHAMMAD ROHEIDE BIN ABDULLAH  951129085169 T4  PA  65
MUHAMMAD SYAMIL BIN HASHIMI  950805085937 T4  PA  75
NOOR ERMA BINTI SABARUDIN  950320086114 T4  PA  56
NOOR SHIHA BINTI AHAMAD SHAFIAN  950311086358 T4  PA  65
NOOR ZAIDA BINTI NOOR AZLAN  951123085360 T4  PA  70
NOR ATIKAH BINTI AHMAD  950928085400 T4  PA  51
NOR SYAZANA ATHIRAH BINTI MOHD AZIZAN  950906086146 T4  PA  65
NURUL IZIATI BT ABDULLAH ZAWAWI  951101086362 T4  PA  62
NURUL UMIRA DANIA BINTI RAZALI  950111145130 T4  PA  58
RUWAIDA BINTI ZAIDI  951206085534 T4  PA  67
AHMAD HAKIMI BIN HAMDAN  950122086199 T4  T1  60
AIMAN NAJWA BINTI ZAKARIA  950103086572 T4  T1  59
AINA TASNIM BT AHMAD KHIRI  950618 T4  T1  48
AMIRUL AZANI BIN IBRAHIM  951115146717 T4  T1  53
AR-RAQIN BIN AZMAN  950211085577 T4  T1  60
FATIN IDRINA BINTI MOKHTAR  950217086028 T4  T1  76
MASHITAH BINTI MUHAMED NAZRI  951110085388 T4  T1  60
MOHAMMAD FAIRUZ SYAFIQ B MOHD SAHRI  951130085035 T4  T1  59
MOHAMMAD JAILANI SYAFIQ B MOHD SAHRI  950513 T4  T1  40
MOHAMMAD ZAKWAN ZAHIER B MOHD KARI   950225086255 T4  T1  40
MUHAMAD NAZRIN BIN ZHAWAWI  950111086417 T4  T1  48
MUHAMMAD AFNAN BIN ABDUL BAKI  951003147459 T4  T1  53
MUHAMMAD AMMAR FARHAN B HARUN  951104086093 T4  T1  40
MUHAMMAD AZAMUDDIN B ABDUL RAZAK  950902106365 T4  T1  60
NUR SYAMILA BINTI AZMI  950116085704 T4  T1  43
NURUL HAIZA ATIQAH BT KHAIRUL ANUAR  950601125466 T4  T1  61
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD SHAHARUDDIN  950611085330 T4  T1  53
NURUL UMIRA NADIA BINTI RAZALI  950111145202 T4  T1  40
RADEN HASHIMIE FIKRIE B AHMAD BAJURI  950319086205 T4  T1  73
AFIFAH BT AZHAR  950927086196 T4  T2  44
NASUHA BT MOHD NAZRI  951118085606 T4  T2  46
NAZRAH BT ZAKARIA  950314086636 T4  T2  57
NOOR WAHIDAH BT SHAHARUDDIN  950426085224 T4  T2  13
NOR ATIKAH BT KAMARUDDIN  950109085610 T4  T2  61
NORATIKAH BT MOHD NOR  950915085970 T4  T2  10
NORFAEZAH BT MOHD FUZI  950103085612 T4  T2  64
NORSHAZIRA BT MOHD ZAMANI  950723085458 T4  T2  40
NUR AMANINA BT ZULKIFLI  950624135894 T4  T2  62
NUR DIANA BT SOFIAN  951001105522 T4  T2  66
NUR IZYAN HANANI BT ZULKPOLI  950718085808 T4  T2  53
NUR IZZATI BT RIDZUAN  951113085412 T4  T2  45
NUR NAZIHA BT MOHD IBRAHIM  950216086368 T4  T2  39
NUR SYUHAIDAH BT KAMARUZAMAN  950310086022 T4  T2  69
NURSYAZWANI BT MOHD SOFIAN  951001085418 T4  T2  37
NURUL A\'IN BINTI NASIR  950207085582 T4  T2  25
QURRATULAINI BT MOHAMED  950522085638 T4  T2  63
SALSABILA BT MOHD SUHAIMI  950614146004 T4  T2  52
SYARIFAH NATASHA BT MOHD ROSHILA  950228086568 T4  T2  58
WAN NOOR AINI BT MIOR IDRIS  950203085796 T4  T2  46
ZURAIFAH BINTI MOHAMAD TAZERI  950604085156 T4  T2  17
NOOR NADIA BINTI MOHD NARSURUDI  950426086358 T4  T1  TH 
ADRENA BINTI MOHAMMAD FAUZI  950325085962 T4  SAINS  65
AIMI AMIRAH BINTI KHAIRUDDIN  951202595086 T4  SAINS  75
AINA NADHIRAH BT ZAINAL AZRI  951214085286 T4  SAINS  60
AMIRUL SOFWAN BIN ISHAK BANI  950502086123 T4  SAINS  60
ASYAHIERA NATASHA BINTI AZMAN  950220146108 T4  SAINS  60
HANIS HAZIRA BT AHMAD JOHARI  950421085698 T4  SAINS  55
IQBAL NAWAWI BIN AHMAD BADRI  950617086369 T4  SAINS  60
KHAIRIL ANWAR BIN HAMIDUN  951006085767 T4  SAINS  53
MOHAMAD HAFIZ BIN  MOHAMMAD AFANDI  950322085609 T4  SAINS  65
MUHAMAD AMIN IZWAN BIN HARMI  954051508618 T4  SAINS  60
MUHAMAD AMIRUL AMIN BIN ABDUL RAZAK  950815085041 T4  SAINS  65
MUHAMAD FARHAN BIN SHAFIAAI  9507085003 T4  SAINS  50
MUHAMAD ZULAIKHAN B MOHAMAD YANI  950131035553 T4  SAINS  63
MUHAMMAD AL-FIKRI BIN MOHD ZAINI  951108085805 T4  SAINS  60
MUHAMMAD FIKRI B MOHAMAD IDRIS  950823086159 T4  SAINS  62
MUHAMMAD HAFIZ BIN ROSLEE  950904086169 T4  SAINS  70
MUHAMMAD MUSTAQIM B ZAINAL BADERI  950808085633 T4  SAINS  55
NOOR SUHAIDA BT ALI KHAIRUN  950518 T4  SAINS  70
NOR HATIKAH BINTI OMAR  950524085834 T4  SAINS  70
NOR JANNAH BINTI HAIROL ANUAR  950224086202 T4  SAINS  54
NORA SYAHIRAH BT MOHD AMIN  950627086004 T4  SAINS  65
NUR ANIS NAJWA BINTI ABDUL MUTALIB  951207086598 T4  SAINS  62
NURUL ZAIYANA BINTI MORAD  950429105948 T4  SAINS  65
SYABIL AFIQ BIN SEARBI  951016086317 T4  SAINS  62
SYAFIQAH BINTI MOHD HASRI  950408085458 T4  SAINS  54
WAN AHMAD HAZIQ B WAN ROSLI  950604147089 T4  SAINS  53
WAN MUHAMMAD ASYRAF BIN JAZULI  951129085185 T4  SAINS  60
NORHILALIAH BT MOHD YUNUS  950203 T4  PA  63

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.


Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Perak 2010 daripada blog Cikgu Zaki).

Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya

Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)
• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan

Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat

Karangan Contoh

      Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

      Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.

      Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahudengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

      Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

      Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.