Kata Tanya
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk
membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel �kah� apabila digunakan di
awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel �kah� tidak
diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta
Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan
maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan
sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan
selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh
diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan
penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun
Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan
sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan
frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan
frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang
faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa
adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan
frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata
frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Dipetik daripada cikgu
Minnie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan