KESALAHAN TATABAHASA
Kata Ganti Diri
1. Kata ganti diri
ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau
binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati
seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak.
Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4. Semua kata
ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda,
*mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi
"ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6. Kata ganti diri
seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat
diraja saja.
Kata Bilangan
1. Kata bilangan
ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu,
dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2. Kata bilangan
tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan
himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya.
Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Setengah orang
tidak suka akan durian. (salah)
Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b) *Tiap pelajar
harus berdisiplin. (salah)
*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c) *Kedua orang
itu anggota polis. (salah)
Keduadua orang itu anggota polis. (betul)
(d) `Berbagai usul
dikemukakan­nya. (salah)
Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang
menjadi parapara. Lihatlah contoh
kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya
tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh
kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Sudah dua suku
jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) *Harganya tiga
setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
3 Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh,
semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a) *para orang
pelajar (salah)
Para pelajar
(betul)
(b) *segala ekor
binatang (salah)
segala
binatang (betul)
(c) *sekalian orang
peserta (salah)
sekalian
peserta (betul)
(d) *seluruh buah
negari (salah)
seluruh negeri
(betul)
(e) *semua orang gadis (salah)
semua gadis
(betul)
4 Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa
nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata
adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.
Misalnya:
(a) *Ravi suka
durian. (salah)
Ravi suka akan
durian. (betul)
(b) *Kami lalu
jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) *Abang sudah
pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) *Kita mesti
hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) *Saya bertemu
Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b) Ucapan itu
daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d) Bekas itu
dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e) Buku ini
terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f) Pada waktu
petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g) Buku itu ada
pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i) Encik Azman
sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang
saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
5 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri
sendiri dengan makna yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau
ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan
sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:
(a) *Dia kata
kepada saya. (salah)
Dia berkata
kepada saya. (betul)
(b) *Jangan lompat.
(salah)
Jangan
melompat. (betul
(c) *Dia senyum
kepada saya. (salah)
Dia tersenyum
kepada saya. (betul)
6 Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja
transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja
yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Objeknya
mestilah frasa nama.
3. Kecuali kata
makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja
transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i
berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh
kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)
7 Kata Tanya
1. Kata tanya
digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Beberapa contoh
kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa,
dan siapa.
3. Kesalahan umum
dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.
4. Kata tanya apa
boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
5. Kata tanya
siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Nama kucing
ini siapa? (salah)
Nama kucing
ini apa? (betul)
(b) *Apa nama anak
saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
8 Kata Hubung
1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku
sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat
dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam
kurungan.
(a) Koding berdiri
lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b) Gadis itu
cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c) Dia akan tidur
di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d) Siti menangis
apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e) Saya terkejut
apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f) Kita mestilah
yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)
(g) Sekiranya saya
terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h) Bayi itu lapar
maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i) Jamal rajin
membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j) Buku ini
berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan *
baik...ataupun)
9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama
ejaannya tetapi berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar
mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka
berlakulah kesalahan ini.
3. Yang berikut
adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam
ayat.
Kata dan Keterangannya Contoh
Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah
i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama
binatang,benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang
tidak khusus.
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah
digunakan pada tempat adakah.
Salah
(a) *Apakah benar ceritamu itu?
(b) *Apakah Ali datang semalam?
(c) *Apakah kamu bermimpi?
Betul
(a) Adakah benar ceritamu itu?
(b) Adakah Ali datang semalam?
(c) Adakah kamu bermimpi?
Banyak dan Ramai
i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan
sama ada manusia, benda, atau binatang.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan
dengan keadaan Huh-rendah,
riang, gembira, meriah, serba
gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen-
duduk yang banyak. Jadi, kata
ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata banyak diganti dengan
kata ramai.
Salah
(a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
(c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
Betul
(a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.
Boleh dan Dapat
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan
dalam hubungan dengan keizinan.
ii Kata dapat pula lebih sesuai
digunakan dalam hubungan dengan
keupayaan atau kemampuan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata dapat diganti dengan
kata boleh.
Salah
(a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.
(b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
(c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk.
Betul
(a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
(b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.
(c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk.
Bukan dan Tidak
i. Kata bukan dan tidak tergolong
dalam kelas kata nafi untuk
membentuk ayat nafi.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan
apabila frasa adjektif atau frasa
kerja menjadi predikat ayat.
iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna-
kan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.
Salah
(a) *Beg ini bukan berat.
(b) "Adik bukan tidur di bilik.
(c) *Dia bukan menulis surat.
Betul
(a) Beg ini tidak berat.
(b) Adik tidak tidur di bilik.
(c) Dia tidak menulis surat.
Golong dan Gulung
i. Kata golong boleh diberi imbuhan
menjadi menggolongkan, tergolong,
golongan, dan penggolongan. Tiap-
tiap kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan
menjadi bergulung, mengulung, ter-
gulung, dan gulungan.
iii. Kata golong dan gulung ini sering
salah digunakan dan salah dieja
kerana seakan-akan sama bentuknya.
Salah
(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
(b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
(d) *Kakak sedang menggolong tikar.
Betul
(a) Golongan petani memerlukan bantuan.
(b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
(d) Kakak sedang menggulung tikar.
Menonton dan Menuntun
i. Kata menonton bererti melihat
sesuatu pertunjukan. Selain itu,
ada pula kata mempertontonkan,
tontonan, dan penonton. Setiap kata
ini berbeza maknanya.
ii. Kata menuntun pula bererti me-
mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun,
tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya.
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai
menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama.
Salah
(a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
(b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
(c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
(d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya
menjaringkan bola.
Betul
(a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
(b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
(c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
(d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya
menjaringkan bola.
Pedalaman dan Pendalaman
i. Kedua-dua kata ini berasal daripada
kata yang sama (dalam) tetapi
berbeza maknanya.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang
terpencil atau daerah yang jauh
dari perhubungan dan kemudahan.
iii. Pendalaman pula bererti usaha
mendalami atau mendalamkan.
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.
Salah
(a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan
berlakunya banjir.
Betul
(a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan
berlakunya banjir.
Pendapat dan Pendapatan
i. Kedua-dua kata ini pun berasal
daripada kata yang sama (dapat)
tetapiberbeza maknanya.
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau
pandangan.
iii. Pendapatan pula bererti hasil pen-
carian yang biasanya dihubungkan
dengan gaji atau upah.
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.
Salah
(a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
(b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa
kebaikan.
Betul
(a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
(b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.
Tembok dan Tembuk
i. Tembok bererti dinding atau
halangan yang dibuat daripada
batu. Kata ini boleh dibentuk
menjadi kata kerja menembok yang
bererti mendinding.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau
berlubang. Kata ini pun boleh di-
bentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidak-
pastian tentang ejaannya.
Salah
(a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
(c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.
Betul
(a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
(c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.
Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan
melalui:
(a) pengulangan
kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya.
(b) penggunaan kata
bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para
pemudi, dan sebagainya.
(c) Pengulangan
kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya.
(d) pengulangan
kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
Misalnya:
(a) *dua buah keretakereta
(salah)
dua buah
kereta (betul
(b)
*semuapelajarpelajar(salah)
semua pelajar
(betul
(c) "para
pemudipemudi (salah)
para pemudi
(betul)
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang.
Misalnya:
*Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul
(b)
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna
jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya:
Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)
(b)
*Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)
11 Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk
membentuk frasa nama dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.
Misalnya:
(a) *"lainlain
hal(salah)
halhal lain
(betul)
(b) *Malik kedai
runcit (salah)
kedai runcit
Malik (betul)
(c) `goreng pisang
(salah)
pisang goreng
(betul)
(d) `cili sos
(salah)
sos cili
(betul)
(e) *mini
estet(salah)
estet mini
(betul)
12 Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas
sebagai predikat dalam ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata
penguat.
Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang
kata adjektif sekaligus. Misalnya:
(a) "Ubat itu
sangat pahit betul.
(salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau)
Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)
4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai
penerang,
kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a) *Asmah mendapat
markah
yang paling
terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
(b) *Stadium inilah
yang terbesar
sekali di
dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz
sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
Saya gemar
akan lagulagu Melayu asli. (betul)
(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
Kami benci
akan sikapnya itu.(betul)
13 Frasa Kerja Tak Transitif
1. Frasa kerja tak
transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa
objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai
kata kerja utamanya.
2. Kata kerja talk
transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana
akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang
dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang.
Misalnya:
(a) *berdasarkan
pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)
(b) *bertanyakan
khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)
3. Frasa kerja
talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a) *Ingatkah kamu
janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
(b) *Kami ingin
bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
14 Frasa Kerja Transitif
1. Frasa kerja
transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta
frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
2. Antara kata
kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh
disisipkan.
Misalnya:
(a) *Kami
membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)
(b) *Dia membeli
banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)
(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
15 Frasa Kerja Pasif
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri
kedua disebut bentuk terikat.
Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara
kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:
(a) *Surat itu saga
akan balas.(salah)
Surat itu akan saga balas.
(b) *Orang itu kita
patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)
3. Bentuk frasa
kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh
disamakan.
Misalnya:
(a) *Buku itu
dibaca oleh saya.(salah)
Buku itu saya
baca. (betul)
(b) * Mejameja itu
disusun oleh kami. (salah)
Mejaineja itu kami susun. (betul)
(c) *Nota itu ditulis
oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan
dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua.
Misalnya:
(a) *Dinding itu
dia conteng. (salah)
binding itu
diconteng olehnya. (betul)
(b) Drama itu
mereka persembah­kan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
Ayat Tergantung
1. Ayat terdiri
daripada subjek dan predikat.
2. Bentuk ujaran
yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.
3. Contoh
kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang
berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada
subjeknya) Negaranegara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi.
(subjeknya Negaranegara)
4. Contoh
kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang
berikut.
(a) *Dia yang
datang semalam? (tidak ada predikatnya)
Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
(b) *Kamu yang
mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart
sim) atau
Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta
pembetulannya adalah seperti yang berikut.
(a) *Tentang
keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)
Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.
(Subjeknya: Keterangan im)
(b) *Bagi setiap
orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap
orang)
*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)
Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)