PANTUN PEMBUKA ACARAMelati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
Ayat Biasa > Ayat Songsang
Ayat songsang adalah ayat yang sebahagian atau keseluruhan predikat berada di hadapan binaan subjek. Perubahan kedudukan konsituen ini tidak melibatkan proses mempasifkan kata kerja transitif. Jadi ayat songsang tidak semestinya ayat pasif.
Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.
Cuba lihat ayat di bawah:
a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak
b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.
Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :
a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.
Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
Ayat biasa:-
Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.
Cuba lihat ayat di bawah:
a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak
b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.
Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :
a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.
Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
Ayat biasa:-
- Penswastaan penjagaan kesihatan membebankan masyarakat miskin.
Ayat songsang:-
- Membebankan masyarakat miskin penswastaan penjagaan kesihatan.
Ayat Biasa:-
- Anak-anak akan memberontak kerana kongkongan yang keterlaluan.
Ayat songsang:-
- Kerana kongkongan yang keterlaluan anak-anak akan memberontak.
Ayat biasa:-
- Industri automobil telah mengalami penguncupan ketika ini.
Ayat songsang:-
- Telah mengalami penguncupan ketika ini industri automobil.
24. Pengalam-pengamal perubatan tradisional seperti dukun, bomoh, pawang, dan singse masih popular pada zaman moden ini walaupun kini terdapat begitu ramai doktor pakar dalam pelbagai bidang. Bincangkan baik buruknya perubatan tradisional dalam kehidupan masyarakat moden.
Perubatan
tradisional merupakan cara rawatan yang sering diamalkan di kampong-kampung dan
kawasan pendalaman. Pengamal-pengamal perubatan yang mengubat pesakit mengikut
cara tradisional dikenal sebagai dukun, bomoh, pawang atau singse.
Hakikatnya,
tujuan utama perubatan tradisional sama dengan perubatan moden, iaitu untuk
merawat dan menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh manusia. Namun demikian,
kedua-dua cara pengubatan ini amat berbeza sekali. Justeru, kini kerajaan telah
mula memberi perhatian serius kepada penggunaan ubat-ubatan tradisional supaya
ubat-ubatan itu dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan berusaha
untuk membenteras dan menghapuskan sama sekali penyalaghunaan ubat-ubatan dan
cara pengubatan tersebut.
Sama
halnya dengan pengubatan moden, perubatan tradisional juga mempunyai kebaikan
dan keburukan. Kebanyakan pesakit yang gagal diubati secara perubatan moden
akan beralih kepada perubatan tradisional. Selepas menerima rawatan tradisional
dan dalam jangka masa yang tertentu, golongan pesakit ini secara beransur-ansur
akan bertambah baik dan sembuh. Oleh sebab itulah, mereka menyatakan bahawa
perubatan tradisional lebih mujaran berbanding dengan perubatan moden.
Sememangnya wujud beberapa jenis penyakit ganjil yang tidak dapat disembuhkan
oleh perubatan moden, seperti penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan
perubatan ilmu sihir, dirasuk, dan terkena buatan orang. Hakikatnya, pesakit
yang menghadapi penyakit ini hanya dapat dipulihkan melalui perubatan secara
tradisional. Sehubungan dengan ini, peranan pakar-pakar perubatan tradisional
tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat moden. Pendek kata, perubatan tradisional
masih mempunyai tempat di kalangan anggota masyarakat.
Ditinjau
dari aspek bayaran pula, para pesakit yang menerima rawatan perubatan
tradisional lazimnya hanya perlu membayar kos rawatan yang jauh lebih rendah
daripada rawatan moden. Ini merupakan satu kelebihan dan alternatif yang baik
kepada para pesakit, khasnya mereka daripada golongan miskin yang tidak begitu
mampu mendapatkan rawatan perubatan moden. Hal ini ditenatkan lagi apabila seseorang
pesakit perlu menjalani pembedahan, yang kosnya mungkin membabitkan
berpuluh-puluh malah ratusan ribu ringgit.
Namun
demikian, di samping kebaikan, pengubatan tradisional juga ada keburukannya.
Ada antara pengamal perubatan tradisional yang mencemarkan nama baik profesion
mereka. Mereka didapati sering kali menggunakan kesempatan dan kebolehan mereka
untuk menipu orang ramai seperti dengan mengenakan wang pendahuluan yang
terlalu tinggi bagi memulakan pengubatan mereka.
Di
samping itu, ada pengamal perubatan tersebut yang mengambil kesempatan daripada
pesakit-pesakit yang lemah, khasnya kaum perempuan. Peristiwa seperti ini
sering dilaporkan dalam akhbar setempat kebelakangan ini. Puluhan kes pesakit
wanita dicabul atau dirogol oleh pengamal perubatan tradisional semasa mendapat
rawatan amat membimbangkan orang ramai, khasnya mereka yang bercadang untuk
mendapat rawatan sedemikian. Kejadian-kejadian seperti ini sekali gus telah
menjejaskan nama baik para pengamal perubatan tradisional.
Seperkara
lagi, kebelakangan ini timbul keraguan akan keselamatan ubatan tradisional. Kes
seorang pesakit yang maut di Kuala Terengganu baru-baru ini akibat makan
ubat-ubatan yang diberi oleh pengamal perubatan tradisional semasa merawatnya.
Persoalan yang timbul di sini ialah pengamal perubatan tersebut mungkin telah mengampurkan
bahan kimia yang tidak dibenarkan atau akar-akar yang beracun.
Insiden
seperti ini sepatutnya diberi perhatian serius oleh pihak Kementerian Kesihatan
agar keselamatan dan kesihatan orang ramai yang mendapat rawatan cara
tradisional adalah terjamin. Sehubungan dengan itu, pemantauan dan pemeriksaan
lebih kerap dan teliti harus dijalankan terhadap para pengamal perubatan
tradisional.
Kesimpulannya,
sebagai satu alternatif kepada cara perubatan moden, rawatan melalui kaedah
tradisional haruslah diberi perhantian sewajarnya. Pihak kerajaan haruslah
bertindak untuk mempastikan bidang perubatan tradisional ini tidak dicemari
oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan imej para
pengamalnya.
Usaha Mengekalkan Budaya
Warisan Rakyat Malaysia
Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan
rakyat Malaysia semakin terhakis.Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan cara-cara untuk
mengekalkan adat perkahwinan tradisi.[ 100 markah ]
Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas”. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggappemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk” dan “gortik” umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.
Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi oleh orang asing.
Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di mukaibu bapa kita.
Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Peribahasa “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya” juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpungdalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka.
Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalamarus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
bahaya rokok
22. Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa. Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan ekonomi.
Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dalam aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki ataupun wanita.
Di Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat.
Asap rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.Penghisap rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga mengakibatkan nafas berbau.
Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.Asap rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu.
Menurut laporan WHO seterusnya, perkok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awam, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.
Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah mempastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.Kesimpulannya, amalan merokok merupakan perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Amalan ini juga merugikan kerana banyak wang ringgit yang dibakar menjadi abu. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya para perokok amat perlu agar amalan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
23. Keracunan makanan dimaksudkan sebagai makanan yang dicemari scara tidak sengaja oleh bahan kontaminan racun.Bincangkan sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan cadangkan langkah-langkah mengatasinya.
Makanan
ialah sumber tenaga utama untuk hidupan menjalankan segala aktikviti termasuk
denyutan nadi, dan tumbesaran. Secara umumnya, zat-zat yang terkandung dalam
makanan dapat dibahagikan kepada kerbohidrat, protein, lemak vitamin, dan garam
mineral; selain air dan pelawasn.
Hakikatnya,
terdapat empat sebab yang menjadikan keracunan dalam makanan boleh berlaku.
Pertama, keracunan makanan berlaku sebagai akibat seseorang yang termakan
makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Racun-racun
seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang, diketahui pernah
termasuk dalam makanan dan mencemarinya.
Sesetengah
bahan makanan mempunyai racun asli. Antaranya ialah beberapa jenis cendawan dan
ubi kayu yang diketahui mempunyai bahan pelindung yang beracun. Sekiranya kita
tersalah makan bahan-bahan makanan ini, akibatnya amatlah buruk.
Di
samping itu, keracunan makanan juga boleh berlaku sekiranya seseorang itu
memakan hiduoan akuatik yang mengandungi racun. Umpamanya, sungai atau kolam
yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri memang mudah tersemar
sekiranya langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak
kilang sebelum membuangkan sisa toksik ke dalam sungai-sungai itu. Dalam hal
ini, sudah pastilah hidupan akuatik di dalam sungai berkenaan seperti ikan,
udang dan ketam akan turut tercemar dengan bahan-bahan beracun. Oleh yang
demikian, jika hidupan akuatik ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia,
pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku.
Seperkara
lagi, keracunan makanan juga boleh berlaku melalui penggunaan makanan yang
diawet untuk mengelakkannya daripada mengalami kerosakan. Dalam proses
pengawetan ini, ada kemungkinan makanan tersebut tidak dibersihkan dengan
secukupnya terlebih dahulu. Oleh itu, jika semakin lama makanan itu disimpan,
maka semakin membiaklah virus di dalamnya. Sesiapa yang memakannya sudah pasti
akan keracunan makanan.
Di
Malaysia, persitiwa keracunan makanan yang paling menyedihkan berlaku pada
tahun 1988 di Perak. Dalam kejadian tersebut, dilaporkan seramai 17 orang
murid-murid sekolah telah meninggal dunia sebagai akibat temakan sejenis
makanan mi yang disebut sebagai ‘laoshufen’.
Walau
apa sekalipun punca keracunan makanan, langkah-langkah tertentu untuk
mencegahnya daripada berlaku haruslah diambil, khususnya oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Antaranya termasuklah mendidik para pelajar, terutamanya
murid-murid sekolah rendah memilih makanan yang sempurna, iaitu dengan memilih
makanan yang berkhasiat dan menghapuskan amalan suka memakan makanan ringan
yang tidak berkhasiat, mudah memudaratkan.
Dalam
hal pencegahan juga, kerajaan haruslah bersungguh-sungguh mengambil tindakan
menguatkuaskaan undang-undang yang berhubung dengan amalan keselamatan dan
penyelidikan makanan. Umpamanya, Akta Makanan (1993) dan Peraturan Makanan
(1985) yang memperuntukkan langkah-langkah memelihara keselamatan makanan dan
cara-cara mengendalikan bahan makanan, wajib dikuatkuasakan dengan tegas pada
setiap masa. Begitu juga dengan Akta Racun Makhluk Perosak (1974) yang
bertujuan untuk menjamin bahan makan daripada keluaran pertanian tidak tercemar
oleh penggunaan racun perosak yang berlainan, perlu dilaksanakan dengan lebih
berkesan lagi.
Di
samping itu, para pengguna perlulah membersihkan semua sayur-sayuran,
buah-buahan atau apa-apa juga bahan makanan sebelum dimasak atau dimakan. Pihak
Kementerian Kesihatan atau MARDI pula haruslah mempergiat usaha-usaha penyelidikan
dan pengujian ke atas semua bahan makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh
petani atau syarikat pengeluar untuk mempastikan bahan makanan dan minuman itu
benar-benar selamat dimakan atau diminum sebelum dijual kepada para pengguna.
Selain itu, badan-badan sosial seperti Persatuan Pengguna haruslah memainkan
peranan yang proaktif bagi menngingatkan masyarakat umum tentang bahaya dalam
makanan.
Sebagai
penutupnya, langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya keracunan makana adalah lebih berfaedah daripada usaha-usaha
untuk cuba mengubati seseorang yang mengalami keracunan makanan.
22. Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa.
Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan dekonomi.
Umum
mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dalam aspek kesihatan mahupun dari
aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin
segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki
ataupun wanita.
Di
Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang
mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan
ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.
Sebenarnya,
perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya
penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok
yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih
berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes
penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang
tenat.
Asap
rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen
sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang
mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini
menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan
WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun
sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.
Penghisap
rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang
pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak
menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga
mengakibatkan nafas berbau.
Asap
rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan
orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang
yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan
paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.
Asap
rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika
terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di
kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok
di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah
pasti akan terganggu.
Menurut
laporan WHO seterusnya, perkok-perokok
membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10
000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini
membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya
jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan
awam, infrastruktur sosial, pendidikan
masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.
Para
remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak
semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang
saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok.
Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri,
masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah
mempastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun
kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan
rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan.
Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu
langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah
menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah
perokok di negara ini.
Kesimpulannya,
amalan merokok merupakan perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan
manusia. Amalan ini juga merugikan kerana banyak wang ringgit yang dibakar
menjadi abu. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya para perokok amat
perlu agar amalan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
22. Walaupun merokok adalah amalan yang menjejaskan kesihatan seseorang, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa. Bincangkan keburukan amalan merokok dari aspek kesihatan dan dekonomi.
Di Malaysia sendiri, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang mebghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialami dan juga sebagai suatu kepuasan.Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat.
Asap rokok mengandungi sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandungi nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menjadi terjejas dan tidak hairanlah laporan WHO yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok.Penghisap rokok biasanya mempunyai bibir yang hitam, gigi yang kuning dan kuku yang pucat. Mereka juga kadang kala kelihatan tidak bermaya sekiranya tidak menghisap rokok dalam jangka waktu yang agak panjang. Merokok juga mengakibatkan nafas berbau.
Asap rokok bukan sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh prokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka.Asap rokok turut menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar. Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu.
Menurut laporan WHO seterusnya, perkok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 bilion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 bilion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awam, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya.Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripda ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah mempastikan anak-anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen merupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini.Kesimpulannya, amalan merokok merupakan perbuatan yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Amalan ini juga merugikan kerana banyak wang ringgit yang dibakar menjadi abu. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya para perokok amat perlu agar amalan ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
21. Menjelang tahun 2020, tugas dan peranan guru menjadi semakin mencabar. Bincangkan cabaran-cabaran yung bakal dihadapi oleh guru Malaysia pada waktu itu.
“Tugas dan peranan guru semakin mencabar’. Itulah ungkapan yang sering kita dengar sejak kebelakangan ini. Sungguhpun demikian, menjelang tahun 2020, beban tugas dan tanggungjawab guru dijangka bertambah sekali ganda lagi memandangkan perubahan sosial yang berlaku dengan begitu pantas dewasa ini.
Pertamanya, guru menjelang tahun 2020 terpaksa berdepan dengan set masalah disiplin yang lebih gawat. Jika pada dewasa ini para guru terpaksa bergelut dengan pelbagai ragam pelajar seperti ponteng sekolah, bergaduh, terbabit dalam aktiviti gengstrisme, melawan kekuasaan guru dan seumpamanya, tetapi menjelang 2020, profesion keguruan akan dirundung dengan bermacam-macam masalah yang tidak kunjung padam kerana pada waktu sudah tentu jauh berbeza daripada keadaan pada hari ini.Diketepikan dahulu masalah disiplin pelajar, guru tahun 2020 perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana pada ketika itu, bidang ilmu akan berkembang pada kadar ‘mega’ dan bukan lagi kadar ‘supar’ sebagaimana yang berlaku pada masa kini. Seorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran di sekolah sudah tentu terpaksa mengisi dadanya dengan kemajuan ilmu sedemikian rupa sekiranya tidak ingin ketinggalan.
Kemungkinan terjadinya keadaan pelajar lebih maju daripada guru adalah tidak mustahil kerana perkembangan dan kemajuan dalan bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagitu pesat sekali. Justeru, kelayakan untuk menjadi seorang guru akan lebih tinggi daripada yang diperlukan sekarang. Dengan hanya memiliki segulung ijazah mungkin tidak memadai. Seseorang guru 2020 mungkin terpaksa memiliki beberapa kelayakan lain selaion kelayakan ikhtisas dalam profesion keguruan.Sebagaimana yang kita ketahui, peranan guru tidak akan terhad kepada bilik darjah lagi. Seseorang guru perlu memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu bantu serta pengetahuan tambahan untuk memainkan peranannya dengan berkesan.
Malah, tugas dan peranan guru pada tahun 2020 mungkin diperluas oleh keraaajn. Pada ketika itu, kaum guru mungkin diminta untuk membimbing masyarakat sekelilingnya dalam usaha memajukan negara. Masyarakat mungkin dahagakan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk memajukan diri, dan guru mungkin dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan ini. Dengan kata lain, kaum guru diharapkan sebagai obor pemangkin kemajuan masyarakat menjelang tahun 2020.Berbalik kepada pelaggan asal guru, iaitu golongan pelajar. Pada tahun 2020 kelak, para pelajar mungkin tidak lagi dapat menerima kaedah pengajaran dan pembelajaran sebagaimana sekarang. Harapan dan tuntutan kaum pelajar sudah tentu akan menggunung tinggi. Jika guru tidak bersedia menghadapinya, sudah tentu mereka akan mudah kecundang di tangan pelajar yang lebih maju dan canggih.
Justeru, guru 2020 perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam mengendalikan tugas dan peranan mereka sebagai pendidik. Selain penggunaan computer yang begitu canggih serta terkini, guru perlu menguasai bahasa Inggeris kerana waktu itu bahasa inilah yang akan menjadi lingua franca pelbagai ilmu masyarakat pelajar Malaysia. Tidak dapat tidak, kecekapan berbahasa perlu dikuasai sebagai wadah penyampaian dan pemindahan ilmu teknologi tinggi. Guru tidak dapat lari daripada hakikat dan perkembangan mutakhir ini.Seperkara yang tidak kurang pentingnya ialah disiplin pelajar. Pada masa itu, pengaruh luar terhadap diri pelajar dijangka lebih hebat lagi berbending dengan sekarang. Keruntuhan moral dan salah laku pelajar akan kian buruk kerana pada ibu bapa terpaksa berlumba mencari nafkah dan keperluan diri. Mahu tidak mahu, keadaan ini menuntut komitmen dan keprihatinan guru-guru yang harus menerima hakikat bahawa golongan pelajar adalah terlalu sensitif dan mudah tersinggung apabila mereka ditegur. Oleh sebab itu, guru-guru mesti menggunakan kebijaksanaan dan diplomasi semasa menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa bertali arus.
Sekimpulannya, sudah pasti guru pada tahun 2020 tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada menghadapi cabaran demi cabaran yang membelit bidang persekolahan pelajar. Selagi seseorang guru itu sanggup menggunakan akal fikiran dan tenaganya, sudah pasti setiap masalah dapat ditangani dengan mudah. Oleh itu, mahu tidak mahu, kaum guru pada hari ini terpaksa membuat persediaan awal bagi menghadapi zaman yang kian getir dan mencabar menjelang tahun 2020.
20. Industri pelancongan di Malaysia boleh dimajukan lagi kerana negara ini mempunyai pelbagai daya tarikah yang unggul. Secara umumnya, sumber utama daya tarikan tersebut ialah alam dan manusia. Berdasarkan pandangan ini, bincangkan untung ruginya kempen ‘Citi-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh kerajaan.
Industri pelancongan kian maju di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dnegan keindahan alam semula jadi dan pelbagai kebudayaan yang terhasil melalui kawujudan masyarakatnya yang berbilang bangsa, agama dan kaum. Dengan kekayaan tersebut, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
Melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, industri pelancongan telah memasuki satu era baharu. Usaha-usaha yang lebih gigih telah dijalankan bagi menarik minat rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara sendiri.
Sebenarnya, kempen ini diilhamkan ketika kemerosotan ekonomi melanda rantau ini pada pertengahan tahun 1997. Ekonomi negara merundum dan pelbagai sektor ekonomi terjejas. Bagi membangunkan semula ekonomi, sektor pelancongan difikirkan sebagai sektor yang dapat menjana pendapatan negara. Justeru, rakyat diajak melancong ke serata distinasi pelancongan di dalam negara sendiri. Kempen ini diteruskan hingga ke hari ini kerana didapati berkesan. Kewujudan keadaan kondusif ekoran pengisytiharan Sabtu pertama dan ketiga sebagai cuti umum telah menyemarakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.
Pada dasarnya, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ oleh kerajaan telah membawa keuntungan kepada negara. Industri ini telah berjaya meningkatkan pendapatan negara. Rakyat menjadi semakin bersedia untuk bercuit dan berbelanja, kecuali bagi tempoh awal tahun 2003 akibat wabak SARS (Sindrom pernafasan akut yang teruk) yang melanda seluruh dunia.
Kesan secara langsung ialah kempen ini telah berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang Malaysia daripada mengalir ke negara luar. Selain itu, dengan memilih untuk bercuti dan melancong dalam negara sendiri bukan saja dapat menyekat aliran keluar wang negara, malah telah membantu membangunkan sektor pelancongan domestik.
Seterusnya, oleh sebab industri pelancongan merupakan satu aktiviti ekonomi yang berintensifkan tenaga buruh, maka peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat diwujudkan untuk penduduk tempatan. Misalnya, industri perhotelan, kraftangan dan sebagainya yang berkembang bersama-sama industri pelancongan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada banyak anak muda dan lepasan sekolah.
Selain itu, kemudahan infrastruktur juga mendapat kesan positif daripada kemajuan dalam industri pelancongan. Kini semakin banyak jalan raya dan lebuh raya yang dibina oleh kerajaan. Selain untuk memajukan sektor ekonomi di sesuatu tempat, tidak dinafikan juga pembinaan tersebut adalah untuk tujuan kemajuan industri pelancongan. Destinasi-destinasi pelancongan yang terletak di kawasan luar bandar seperti Homestay, Ecotourism station, air terjun, bukit peranginan dan seumpamanya kini dihubungkan dengan bandar-bandar melalui rangkaian sistem jalan raya dan lebuh raya yang canggih.
Dalam pada itu, kempen ini yang disasarkan kepada pelancong dalam negara juga telah berjaya membawa masuk lebih 600 000 pelancong asing dari negara-negara serantau seperti negara China, Singapura, Hong Kong, dan Taiwan. Berjuta-juta ringgit dalam bentuk tukaran asing telah berjaya dikaut sebagai akibat kemasukan pelancong-pelancong dari negara-negara tersebut bagi tempoh tiga tahun pertama kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ dilancarkan.
Namun demikian, kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ yang bertujuan membangunkan sektor pelancongan dalam negara juga mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Secara langsung rakyat digalakkan berbelanja lebih tanpa memikirkan akibatnya. Tanpa disedari juga sikap penduduk terhadap keseronokan akan meningkat. Sebagai akibatnya, daya produktiviti penduduk akan menurun kerana keinginan untuk bekerja keras semakin pudar tahun demi tahun. Pendek kata, kecenderungan untuk bersantai mengatasi kesungguhan untuk bekerja.
Rumusannya, industri pelancongan yang dipolularkan melalui kempen ‘Cuti-cuti Malaysia’ sememangnya telah memberikan keuntungan yang besar kepada negara, lebih-lebih semasa negara dilanda kemerosotan ekonomi paling teruk sejak krisis pertengahan tahun 1980-an. Namun dari aspek lain, kesan negatifnya juga harus ditangkis agar daya produktiviti rakyat tidak terjejas.
19. Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam proses pembangunan sesuatu negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang pelru dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini?
Pelaburan asing merupakan nadi penggerak dalam pembangunan sesebuah negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan negara dan meningkatkan guna tenaga, malahan dapat mempercepat pemidahan teknologi dan kepakaran dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Justeru, kerajaan sentiasa menggalakkan pelaburan asing secara langsung (FDI) di negara kita.Negara-negara yang menjadi pelabur lazim di negara kita termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, singapura, Hong Kong, Jerman dan sebagainya.
Dalam usaha meningkatkan pelaburan asing, perngurniaan status perintis (PS) untuk membolehkan syarikat-syarikat multinasional yang baru bertapak di negara ini menikmati kemudahan pengecualian cukai haruslah diteruskan sebgai satu skim galakan. Kerajaan juga harus melonggarkan syarat pelaburan asing untuk membenarkan rakyat memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100%. Dalam konteks ini, Akta Perhubungan Industri, 1975 (ICA) harus dipinda bagi memberi insentif yang dicadangkan ini. Baru-baru ini, kerajaan juga telah melaksanakan kelulusan visa industri kepada syarikat-syarikat dari Taiwan dengan serta merta. Tujuannya bagi mempermudah dan mempercepat usaha pembinaan kilang-kilang asaing di pesisir pantai Malaysia.Selain itu, kestabilan politik sesebuah negara juga dapat mempengaruhi para pelabur membuat keputusan untuk melabur di negara berkenaan. Malaysia amat bertuah kerana selama ini negara kita menikmati kestabilan politik. Faktor ini telah berjaya menarik banyak pelabur mendirikan kilang dan operasi mereka di negara kita semenjak awal tahun 1970-an lagi. Namun begitu, kerajaan masih terus berusaha menarik lebih banyak lagi pelaburan asing ke dalam negara kita.
Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara adalah langkah wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Melalui misi pelaburan, diharapkan dapat menarik lebih banyak pelabur-pelabur mendirikan industri mereka di negara ini. Usaha ini dibuat melalui pamerak, seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan dan promosi media massa di negara-negara asing.Zon-zon perindustrian yang sesuai dan kemudahan infrastruktur yang sempurna juga penting dalam menjayakan sesuatu projek pelaburan baru. Oleh yang demikian, dalam usaha menarik pelaburan asing, tapak perusahaan yang strategik harus disediakan bagi memikat para pelabur berpotensi untuk melabur di negara kita. Di samping itu, kemudahan asas dan inftastruktur seperti sistem telekomunikasi canggih, lebuh raya efisien, sistem pengangkutan selesa, dan sebagainya haruslah disediakan bagi menjayakan mana-mana projek pelaburan asing. Antara kawasan perindustrian yang disediakan termasuklah Zon Perdagangan Shah Alam, Batu Berendam, Alor Gajah, Semambu, Gurun, dan Senawang.
Daya produktivitinya yang tinggi bukan sahaja dapat menjimatkan kos pengeluaran, bahkan memaksimumkan kadar keuntungan sesuatu projek pelaburan. Hal ini sejajar dengan hasrat pelabur asing. Jika kerajaan melaksanakan rancangan latihan kepakaran untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh setempat, nescaya pelabur asing akan lebih terpikat untuk melabur di negara kita.Suatu perkara yang tidak kurang penting ialah setiap pekerja setempat diberi latihan vokasional yang secukupnya bagi menangani keperluan guna tenaga dan tuntutan sezaman.
Kesimpulannya, jika Malaysia terus menawarkan sokongan yang menarik, nescaya negara ini akan berjaya menjadi pusat penting bagi pelabur-pelabur. Namun demikian, di sebaliknya keghairahan menarik pelaburan asing (FDI) kita harus sentiasa berhati-hati agar pelaburan itu tidak mendatangkan implikasi negatif yang boleh membebankan negara.
18. Walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sudah berusia lebih setengah abad, namun masih belum boleh dianggap telah berjaya melaksanakan tugasnya mengawal keamanan dunia. Bersetujukah anda dengan pandangan ini?Selepas Perang Dunia Kedua, satu badan dunia yang dinamakan sebagai pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBBP) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Pakatan Bangsa-bangsa terdahulu yang telah gagal menyelamatkan manusia dan dunia daripada kemusnahan yang dicipta oleh manusia sendiri, dalam perang yang berlanjutan selama lima tahun.
Tujuan di sebalik penubuhan PBB adalah untuk mengekalkan keamanan dunia, terutamanya daripada bahaya peperangan. Di samping itu, PBB juga ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang masalah dunia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan dan seumpamanya. Tidak ketinggalan juga PBB diwujudkan bertujuan memberi bantuan kepada negara-negara miskin yang memerlukan bantuan, terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik melalui pelbagai agensi di bawahnya.Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan di atas. Pertikaian dan persengketaan antara negara-negara terus berlaku sekalipun pelbagai inisiatif dilakukan oleh badan itu. Terbaru ialah kegagalan Majlis Keselamatan PBB dalam mematahkan pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terhadap Iraq. Kegagalan kali ini jelas menunjukkan ketidakupayaan PBB dalam mengawal keamanan dunia seperti yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia.
Selain itu, contoh yang menarik perhatian kita ialah konflik antara negara Palestin dengan Israel yang telah berlarutan lebih separuh abad. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk berdamai oleh PBB, namun ternyata tindakan badan dunia itu telah gagal dan pertelingkahan terus berlaku. Jelas sekali, ratusan ribu nyawa tidak berdosa telah melayang dalam kemelut itu.Persoalan yang bermain di kepala orang ialah apakah yang sebenarnya menghambat pelaksanaan pelan damai ‘The Pease Road Map’ di Wilayah Timur tengah itu? Dalam masa yang sama, keadaan telah menjadi lebih meruncing sejak kebelakang ini kerana kedua-dua belah pihak saling melancarkan serang bom berani mati. Senario ini sering dikaitkan dengan serangan pengganas terhadap Pusat Danagnan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 yang kini dikenali sebagai peristiwa 911.
Sekiranya diteliti, krisis di Timur Tengah itu merupakan ‘duri dalam daging’ kepada keamanan dunia. Punca pertelingkahan itu ialah pembentukan sebuah rejim Yahudi iaitu negara Isreal oleh pihak British yang enggan diiktiraf oleh pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pergolakan terus memuncak apabila tebing Gaza dan Bukit Golan ditawan oleh pihak Isreal pada tahun-tahun yang berikutnya.Insiden-inssiden ini semakin mengocakkan suasana yang sememangnya sukar untuk diselesaikan.Di pihak yang lain pula, walau apa pun prasangka dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, PBB terus menyambut cabaran-cabaran yang bertali arus dan berusaha menangani setiap satunya.
Antara kejayaan utama PBB ialah menyelesaikan persengketaan di Korea pada tahun 1993 yang berakhir dengan pembahagian negara tersebut kepada dua, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Dalam isu tersebut, Amerika Syarikat sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan terpaksa campur tangan bagi menyekat serangan Korea Utara terhada Korea Selatan yang di bawah cengkaman tentera Komunis Soviet Rusia pada ketika itu.Seperkara lagi, dunia kini bersifat unipolar dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai ‘kuasa dunia tunggal’ selepas tumbangnya kesatuan Republik Soviet pada awal tahun 1990-an. Kekuatan dan kesombongan negara Uncle Sam itu sentiasa berjaya menundukkan Majlis Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya. Ahli-ahli Majlis Keselamatan lain seperti Britain, Perancis dan China sentiasa akur dengan kehendak Amerika Syarikat.
Pada hemat saya, seluruh struktur PBB harus dirombak semula bagi memberikan kuasa yang lebih kepada negara-negara kecil yang menganggotai Majlis Keselamatan. Misalnya, negara Afrika Selatan, India, Venezuela atau Malaysia wajar dilantik sebagai satu daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB bagi menyuarakan pandangan negara-negara sedang membangun.Kesimpulannya, reformasi struktur PBB dan Majlis Keselamatan perlu dilaksanakan segera demi mewujudkan sesuatu badan dunia yang efektif dalam mengawal keamanan dunia.
17. Pada suatu ketika dahulu, isu bahasa Malaysia baku hangat diperkatakan. Apakah yang anda faham tentang bahasa Malaysia baku dan bagaimana bahasa itu dapat menbantu dalam usaha pembinaan negara?
Secara umumnya, masyarakat tidak begitu memahami apa yang dimaksudkan dengan bahasa Malaysia baku yang hangat diperkatakan tidak beberapa lama dahulu.Sebenarnya bahasa Mlaysia baku dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh seluruh penutur sesuatu bahasa itu sebagai model, rujukan atau ukuran. Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa bahasa Malaysia baku bukanlah bahasa yang wajib digunakan dalam semua situasi. Contohnya, dalam interaksi kita dengan anggota keluarga, pergaulan dengan rakan-rakan atau pertemuan dengan para penjual di pasar, bahasa Malaysia baku tidak perlu digunakan. Kita hanya sekadar bercakap dalam bahasa Malaysia pasar menurut dialek masing-masing.
Oleh itu, tidak timbul soal bahasa Malaysia baku mesti digunakan sepanjang masa dalam semua bentuk komunikasi kita. Begitulah juga halnya bukan semua orang perlu berbahasa baku. Contohnya, pak tani, nelayan, peladang ataupun pekerja am tidak melerlukannya. Sebaliknya, kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas rasmi, guru, pensyarah, pembaca berita dan penemu duga harus berusaha menggunakan bahasa Malaysia baku dan menguasainya dengan sebaik mungkin.Dari segi definisi linguistiknya, bahasa baku atau bahasa standard ialah satu ragam bahasa yang digunakan dalam situasi formal dan untuk keperluan rasmi. Umpamanya dalam bentuk lisan, keperluan rasmi itu lazimnya berlaku dalam pengajaran guru di bilik darjah, ucapan oleh seseorang menteri sebelum merasmikan sesuatu upacara, mesyuarat dan taklimat dalam kalangan pegawai kerajaan, pertandingan syarahan dan lain-lain yang sebagainya. Dalam pendeklamasian sajak dan nyanyian, sebutan baku digunakan semata-mata untuk menyerlahkan nilai estiteka. Seterusnya, dalam bahasa tulisan, bahasa Malaysia baku wajar digunakan dalam segala urusan surat-menyurat dengan jabatan kerajaan, sekolah, dan firma; dalam arahan rasmi, pekeliling, laporan, tender, iklan pekerjaan, minit mesyuarat dan seumpamanya.
Malangnya, dalam keghairahan kita memerkatakan tentang bahasa Malaysia baku, ramai orang yang tersalah erti dan menyamakan bahasa Malaysia baku sebagai sebutan bahasa Malaysia baku. Kekeliruan ini membayangkan seolah-olah bahasa Malaysia baku itu suatu perkara baru, pada hal bahasa itu telah lama digunakan di sekolah, jabatan kerajaan, stesen penyiaran dan media massa.Walau bagaimanapun, sebutan baku hanya merupakan salah satu aspek bahasa Malaysia baku. Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan bahasa baku adlah lebih daripada itu. Bahasa yang digunakan oleh seseorang itu cuma dianggap baku apabila dia dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam sistem bunyi, ejaan, peristilahan, perkamusan dan tatabahasa. Oleh itu, sekiranya pengucapan kurang jitu, dia masih dianggap belum menguasai bahasa Malaysia baku. Demikian juga cara pentakrifan baku untuk bahasa-bahasa lain.
Dalam hal pembinaan negara, bahasa Malaysia telah diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan apabila termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957. Oleh itu, peranan bahasa Malaysia sebagai salah satu tonggak pembinaan negara menjadi semakin penting. Selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Malaysia menjadi lambang perpaduan dan kedaulatan bangsa Malaysia.Di samping menjadi bahasa perhubungan antara semua kaum di negara ini, bahasa Malaysia juga semakin penting untuk digunakan dalam pelbagai hal kompleks dan canggih seperti dalam bidang akademik, kehakiman dan keadilan, perindustrian dan perdagangan, penyelidikan dan kajian dan seumpamanya.
Dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak inilah maka bahasa Malaysia baku mampu dan wajar digunakan untuk menanganinya. Bahasa perhubungan biasa yang disebut sebagai ‘bahasa kolokial’ tidak akan berupaya menjadi wahana untuk memperkatakan bidang ilmiah dan pentadbiran negara. Dalam konteks ini juga, kita memerlukan bahasa Malaysia baku sebagai bahasa formal dan bahasa pembina banga dan negara.Kesimpulannya, bahasa Malaysia baku dapat memainkan peranan penting dalam memantapkan penggunaan bahasa. Hakikatnya, bahasa Malaysia baku tidak menghalang perlanjutan dialek-dialek dalam bahasa Malaysia kerana bahasa ini hanya diwajibkan dalam situasi formal dan tujuan rasmi.
TATABAHASA- Partikel
Dalam bahasa Melayu. terdapat empat partikal iaitu
-lah
-tah
-kah
-pun
Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya dutulis serangkai dengan partikel pun iaitu: 1) adapun 2) walaupun 3) kalaupun 4) mahupun 5) kendatipun 6) lagipun 7) andaipun 8) biarpun 9) sungguhpun 10) bagaimanapun 11) ataupun 12) sekalipun 13) meskipun
Moh belajo loghat kuale
ate= penyedap ayat
kome = kamu semua
keme = saya
kume = saya
ayE = saya (biasanya org tua yg sebut)
deme = korang semua
yong/yeop = gelaran anak sulung dalam keluarga
awok,teman=saya
megholoh=tidur
tumpor=mati
bojot=basah
gebor=selimut
ngobak=menangis
nyongket=suka merayau
guling-pering=berhempas pulas
kelemayor=air mata berlinang
yor-ngat=air panas(kopi,milo)
goyor=binaan tak kukuh@badan terhuyung=hayang
ngeleyor = gatai merenyam
tenggek ayor = jerang air
terghoyak = menangis
hakap = tamak (biasanya kalu berkaitan makanan)
16. Kerajaan menggalakkan rakyat menguasia bahasa-bahasa yang lain di samping bahasa Malaysia. Di sekolah, Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Bincangkan faedah-faedah menguasai bahasa-bahasa yang lain.
Dalam era globalisasi ini, seseorang harus menguasia beberapa bahasa untuk memanfaatkan perniagaan global. Menyedari hal ini, kerajaan menggalakkan rakyat menguasai bahasa-bahasa yang lain, terutamanya bahasa Inggeris. Sememangnya menguasai bahasa-bahasa yang lain mendatangkan faedah yang banyak.
Untuk menerap ilmu terkini yang kebanyakannya datang dari negara-negara Barat, kita harus menguasai bahasa Inggeri. Ilmu yang berkembang pesat dan menguasai kehidupan kita kini ilaah ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut Bill Gates, pedmilik Syarikat Microsoft, iaitu syarikat pengeluar sistem operasi dan persisian computer yang terbesar di dunia, negara yang menguasai ICT akan menguasai dunia. Dalam hal ini, kita tidak boleh menunggu ilmu ICT yang terkini diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana sebuah buku ilmiah akan mengambil masa dua atau tiga tahun untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Pada zaman ledakan maklumat ini, ilmu ICT yang kita peroleh selepas dua atau tiga tahun sudah menjadi ilmu usang. Oleh itu, adalah bijak jika kita terus menerap ICT melalui bahasa Inggeris tanpa melalui proses penterjemahan yang mengambil masa yang lama lagi merugikan.
Penguasaan bahasa-bahasa yang lain memperluas peluang perniagaan kita. Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa. Kelancaran berbahasa Inggeris memudahkan kita berniaga di seluruh dunia. Urusan niaga antarabangsa seperti kontrak, akaun, dan laporan juga dijalankan dalam bahasa Inggeris. Jika kita menguasai bahasa Arab, pasaran negara-negara Arab yang luas dapat diteroka. Peniaga yang fasih berbahasa Cina atau berbahasa Jepun juga mempunyai peluang perniagaan yang lebih cerah di negara-negara berkenaan. Tegasnya, bahasa ialah kunci pintu kepada dunia perniagaan yang lebih luas.
Kita juga mempunyai masa hadapan yang lebih cerah jika dapat menguasai bahasa-bahasa yang lain. Peluang pekerjaan kita lebih luas kerana banyak syarikat yang menjalankan perniagaan antarabangsa memerlukan kakitangan yang fasih dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, atau bahasa Perancis. Kita juga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mudah. Kita juga dapat memperoleh ilmu pengetahuan melalui Internet kalai kita memahami bahasa Inggeris.
Rakyat yang dapat menguasai bahasa asing dapat memajukan industri pelancongan. Jika rakyat kita fasih dalam pelbagai bahasa, rakyat kita dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang asing. Pelancong asing akan suka melancong ke Malaysia kerana pemandu pelancong kita dapat melayan mereka dengan baik dan mesra lantaran penggunaan bahasa mereka yang baik. Hal ini demikian kerana mereka tidak menghadapi masalah komunikasi di sini. Dengan itu, Malaysia akan menjadi destinasi pelancongan yang utama di kalangan pelancong asing.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu menguasai bahasa-bahasa yang lain supaya tidak ketinggalan dalam bidang perniagaan dan ilmu. Penguasaan bahasa-bahasa yang lain juga dapat menyempurnakan hidup kita di samping mencerahkan masa depan kita.
THE EIGHT LIES OF A MOTHER~
1.The story began when I was a child; I was born in a poor family. In our growing up years, we often lack food. During meal times, mother often gave me her portion of rice. While she was removing her rice into my bowl, She would say 'Eat this rice, son. I'm not hungry'. That was Mother's First Lie2.When I was growing up, My persevering mother gave up her spare time to fish in a river near our house, she hoped that from the fishes she got, she could gave me a little bit nutritious food for my growth. After fishing, she would cook the fishes to be a fresh fish soup, which raised my appetite. While I was eating the soup, mother would sit beside me and eat the rest meat of fish, which was still on the bone of the fish I ate. My heart was touched when I saw it. I then used my chopstick and gave the other fish to her. But she immediately refused it and said 'Eat this fish, son. I don't really like fish.' That was Mother's Second Lie.
3.Then, when I was in Junior High School, to fund my study, mother went to an economic enterprise to bring some used-matches boxes that would be stuck in. It gave her some money for covering our needs. As the winter came, I woke up from my sleep and looked at my mother who was still awoke, supported by a little candlelight and within her perseverance she continued the work of sticking some used-matches box. I said, 'Mother, go to sleep, it's late, tomorrow morning you still have to go for work. ' Mother smiled and said 'Go to sleep, dear. I'm not tired.' That was Mother's Third Lie..
4.At the time of final term, mother asked for a leave from her work in order to accompany me. While the daytime was coming and the heat of the sun was starting to shine, the strong and persevering mother waited for me under the heat of the sun's shine for several hours. As the bell rang, which indicated that the final exam had finished, mother immediately welcomed me and poured me a glass of tea that she had prepared before in a cold bottle. The very thick tea was not as thick as my mother's love, which was much thicker. Seeing my mother covering with perspiration, I at once gave her my glass and asked her to drink too. Mother said 'Drink, son. I'm not thirsty!'. That was Mother's Fourth Lie.
5.After the death of my father because of illness, my poor mother had to play her role as a single parent. By held on her former job, she had to fund our needs alone. Our family's life was more complicated. No days without sufferance. Seeing our family's condition that was getting worse, there was a nice uncle who lived near my house came to help us, either in a big problem and a small problem. Our other neighbors who lived next to us saw that our family's life was so unfortunate, they often advised my mother to marry again. But mother, who was stubborn, didn't care to their advice, she said 'I don't need love.' That was Mother's Fifth Lie.
6.After I had finished my study and then got a job, it was the time for my old mother to retire. But she didn't want to; she was sincere to go to the marketplace every morning, just to sell some vegetable for fulfilling her needs. I, who worked in the other city, often sent her some money to help her in fulfilling her needs, but she was stubborn for not accepting the money. She even sent the money back to me. She said 'I have enough money.' That was Mother's Sixth Lie.
7.After graduated from Bachelor Degree, I then continued my study to Master Degree. I took the degree, which was funded by a company through a scholarship program, from a famous University in America . I finally worked in the company. Within a quite high salary, I intended to take my mother to enjoy her life in America . But my lovely mother didn't want to bother her son, she said to me 'I'm not used to.' That was Mother's Seventh Lie.
8.After entering her old age, mother got a flank cancer and had to be hospitalized... I, who lived in miles away and across the ocean, directly went home to visit my dearest mother. She lied down in weakness on her bed after having an operation. Mother, who looked so old, was staring at me in deep yearn. She tried to spread her smile on her face; even it looked so stiff because of the disease she held out. It was clear enough to see how the disease broke my mother's body, thus she looked so weak and thin. I stared at my mother within tears flowing on my face. My heart was hurt, so hurt, seeing my mother on that condition. But mother, with her strength, said 'Don't cry, my dear. I'm not in pain.' That was Mother's Eight Lie.
After saying Posted 20th May 2009 by simpanglawin (sumber petikan..........lupa lak
Langgan:
Catatan (Atom)